RSS

Pemikiran Menerawang di Rumah Allah

04 Sep

Setelah hampir tiga bulan lamanya saya tidak menjejakkan kaki untuk bersolat Jumaat di Masjid Al- Mujahideen, Damansara Utama akhirnya pada minggu lepas saya melangkah masuk dan menunaikan solat fardhu tersebut.

Dek kerana sudah lama tidak ke sini, saya merayau dan meninjau keadaan sekeliling. Mencari apakah perubahan- perubahan yang telah dilakukan ke atas masjid ini.

Semasa saya berada di Tingkatan Dua, saya telah mengambil masjid ini untuk dijadikan sebagai subjek utama di dalam tugasan Sejarah. Kagum juga dengan kronologi Masjid Mujahideen.

Asalnya dari sebuah surau kayu, kemudian dibina menjadi sebuah masjid atas sumbangan orang ramai.

Sewaktu terbinanya masjid ini, ia merupakan satu- satunya masjid yang menjadi tumpuan umat Islam di sekitar Damansara Utama, Kg. Sg. Kayu Ara, Kg. Sg. Penchala, Damansara Jaya, dan Taman Tun Dr. Ismail.

Dari menyediakan kipas, kini ia sudah dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan orang ramai yang datang.

Dulu menggunakan Al- Quran yang sudah tua dan lusuh, kini boleh dikatakan semua buku agama dan Al- Quran di sini dijaga rapi. Alhamdulillah…

Kalau Masjidil Aqsa sehingga kini menjadi rebutan antara umat Islam, orang Yahudi dan orang Kristian, Masjid Al- Mujahideen tidak kurang hebatnya juga.

Dengar khabar, masjid ini juga pernah menjadi rebutan antara pihak swasta dan kerajaan. Atas sebab apa, tidak pasti pula.

Sewaktu saya sedang merayau seorang diri, pergerakan saya terhenti disebabkan sebuah notis yang ditampal di papan kenyataan untuk tatapan umum.

Notis itu menyatakan khabar gembira kepada semua pihak. Kini, Masjid Al- Mujahideen telah dilengkapi dengan teknologi WiFi, kemudahan untuk mengakses Internet secara percuma di kawasan masjid.

Sewaktu saya mengunjungi Masjid As- Syakirin pada dua minggu lepas, saya kagum melihat ceramah yang diberikan kerana tukang peneramah menggunakan teknologi power point dalam erti kata lain menggunakan slaid presentation.

Memang hebat masjid zaman sekarang. Ciri- cirinya melengkapi sebuah masjid yang ideal, mempunyai sekolah, kantin, bilik untuk musafir menginap sementara, kelas umum untuk pembelajaran tajwid, agama dan kelas khas bagi melahirkan lebih ramai penghafal Quran.

Sayangnya, masjid zaman sekarang dikenali sebagai “Masjid Akhir Zaman”. Mengapa diberi jolokan sebegitu? Susah untuk kita melihat bilangan jemaah yang ramai sewaktu solat fardhu.

Kalau bukan Allah mewajibkan umat Islam untuk solat Jumaat sekurang- kurangnya 40 jemaah diserta sekali dengan dua khutbah, kemungkinan besar solat Jumaat hanya dilakukan oleh segelintir orang sahaja.

Walau secanggih mana masjid tersebut, belum tentu ia dapat menarik ramai orang untuk ke sana. Saya harap, pendapat saya ini salah. Wallahualam…   

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 4, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: