RSS

Produktiviti Assignment di Bulan Ramadan

04 Sep

Dapat cuti dari hari Jumaat lepas sehingga Rabu ini… Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Kalau kami di UIAM mendapat cuti selama enam hari, ada pelajar dari universiti lain menikmati cuti sehingga Ahad ini.

Rasa dengki campur cemburu pula… Teman sebilik saya memaki- hamun pentadbiran universiti, menyoal apakah justifikasi memberikan cuti yang sedikit kepada kami.

Dari hari Jumaat sehingga hari Ahad, masa saya banyak dihabiskan dengan membuat pembacaan buku yang baru dibeli serta bermain permainan komputer.

Bila lagi hendak dapat cuti, masa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya.

Semasa dalam tempoh percutian ini, saya sempat membuat pengiraan jumlah kerja dan tugasan yang perlu dihantar.

Ada tiga tugasan berat yang menanti dan saya boleh katakan semuanya berada pada tahap 20 peratus siap.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadan, saya cuma berdoa supaya tugasan- tugasan yang tinggal dapat dilakukan secara bersungguh- sungguh walaupun ia dilakukan di dalam bulan puasa.

Ada orang berkata produktiviti kerja semasa di bulan Ramadan menurun. Ada yang berfikir daya kerja naik dan ada pula yang kata sama sahaja walaupun berpuasa. 

Pendapat saya, terpulang kepada diri sendiri. Kajian yang dilakukan puasa mampu membuatkan kita lebih fokus terhadap sesuatu kerana ketiadaan makanan di dalam perut.

Makanan yang berlebihan di dalam perut, menyebabkan mengantuk.

Selepas dua jam makan, barulah otak boleh berfungsi sepenuhnya untuk menerima ilmu. Tanpa makanan, InsyaAllah otak mempunyai tiada apa- apa masalah untuk menyerap ilmu yang baru pada bila- bila masa sahaja.   

Harapan saya, tenaga untuk membuat kerja pada bulan Ramadan ini dipertingkatkan. Selepas lapan minggu belajar, enam hari pelajar UIAM bercuti.

Tamat sahaja sesi percutian ini, ada masa lebih kurang beberapa minggu sebelum bermulanya ujian penggal terakhir.

Studi perlu, tugasan juga perlu disiapkan setelah diberikan suatu penggal yang lama.

Ya Allah, bantulah hamba- Mu ini.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 4, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: