RSS

Sejenak di Sisi Pak Samad

12 Sep

Kalau diikutkan, ingin sahaja saya ponteng kelas pada pukul 11 pagi tadi.

Oleh kerana saya seorang sahaja lelaki, ditambah dengan bilangan kelas yang telah saya ponteng baru- baru ini, saya batalkan sahaja niat tersebut.

Hari ini, salah seorang sasterawan negara yang terkenal, berkunjung ke UIAM.

Hadir bukan untuk berceramah, datang untuk berkongsi rasa suka dan duka beliau selama bergelar pembaca, penulis dan sasterawan.

Tidak pernah saya duga, saya berkesempatan untuk menemui Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said hari ini.

Program yang berlangsung selama satu jam setengah, tetapi saya sempat mendengar beliau bercerita selama setengah jam sahaja.

Hai… Rasa rugi pula tidak ponteng kelas pagi tadi. Tidak mengapalah.

Walaupun sekejap, banyak kata- kata yang beliau sampaikan, banyak isi- isi yang saya berjaya kutip, dan saya berasa kagum dari penceritaan perjalanan hidup beliau.

Saya sangkakan beliau bercakap di dalam Bahasa Indonesia, rupanya bahasa yang diguna pakai merupakan Bahasa Melayu standard.

Bercakap dalam nada yang serba merendah diri.

Kini berusia 72 tahun, hati saya terdetik untuk bertanya “Berapa bilangan buku yang Pak Samad sudah habis baca? Berapa karya yang telah Pak Samad hasilkan dari dulu hingga kini?”

Dalam pelbagai topik yang beliau ketengahkan, saya tertarik dengan isu membaca.

Terpacul keluar dari mulut beliau kata- kata pedas berbunyi begini “Kalau hendak jadi bodoh, jangan membaca.”

“Jangan lokek untuk membeli buku dan membaca.”

“Tidak perlu membaca buku yang banyak, memadai dengan membaca buku yang berharga (berkualiti).

“Pembacaan membantu untuk berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam.”

Saya amat bersetuju dengan beliau. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbunyi “Bacalah!”

Yang menghairankan, tidak ramai daripada kita suka membaca.

Rata- rata kawan saya suka membaca buku akademik, semata- mata untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan.

Setelah membaca, dihafal keseluruhan. Habis ujian, apa yang telah dihafal ditinggalkan begitu sahaja.

Ada sesetengah rakan saya suka membaca buku hiburan, senang untuk mengetahui perkembangan terkini dunia hiburan di dalam dan di luar negara.

Ada juga rakan yang suka membaca majalah yang bersesuaian dengan hobi mereka.  

Bilangan rakan yang gemar membaca bahan bacaan ringan berteraskan ilmu pengetahuan, saya boleh bilang dengan jari sahaja.

Saya berfikir, termenung, ‘terbang’ di awang- awangan berusaha mencari jawapan mengapakah sebilangan besar daripada kita masih tidak minat membaca?

Rupa- rupanya, persoalan saya terjawab ketika berada di sisi Pak Selamat tengah hari tadi. Beliau berkata “Hendak jadi pandai atau bodoh, terpulang pada diri sendiri.”

Saya fikir sekali lagi, tersenyum sendirian… Benarlah kata- kata beliau, hanya kita, diri kita sendiri yang boleh membuat keputusan.

Banyak duit habis berkempen untuk menanam minat membaca di kalangan kita…

Boleh menjadi suatu pembaziran seandainya kita sendiri memang tidak mahu membaca, tidak minat membaca.

Kepada Pak Samad, terima kasih kerana membantu saya menjawab teka- teki yang sudah lama bersarang di kepala ini. Terima kasih!

 
3 Komen

Posted by di September 12, 2007 in Tokoh

 

3 responses to “Sejenak di Sisi Pak Samad

  1. Hartini 0mar

    September 13, 2007 at 1:49 am

    tuan,
    -saya tumpang gembira tuan dapat bertemu seorang sasterawan terbilang
    -banyak karya2 A samad Said yg menarik minat saya. antaranya Salina, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang, Cinta Fansuri dan Dihadapan Pulau.. hingga kini, saya masih mencari2 dan mengumpul karya2 beliau untuk dibuat koleksi.
    -bacalah puisi panjang beliau bertajuk “Al-Amin”- ada sastera mengalir dalam jiwanya
    -memang benar, kita harus memilih apa untuk dibaca, kerana kita adalah apa yang kita baca

     
  2. Zamri Mohamad

    September 13, 2007 at 11:44 pm

    Cik Hartini,

    Al Amin juga berjaya mengalirkan air mata saya ketika membacanya. Pak Samad menyifatkan ia sebagai perjalanan ruhaniah beliau.

    Masih ingat lagi ketika Pak Samad membacakan sajak itu dalam rancangan TV khas sempena Maulid al Rasul 4 tahun lalu.

    Al Amin.

    Sejak Pustaka Wira Bukit diusahakan oleh beliau anak beranak, mutu kulit bukunya jauh lebih bagus dan berkualiti berbanding dengan DBP dahulu.

    Sudah berkunjung ke laman weblog anaknya Tuan Helmy Samad?

    http://www.helmysamad.blogspot.com

     
  3. Hartini 0mar

    September 14, 2007 at 4:02 am

    -terima kasih atas ingatan tuan zamri
    -semoga segala karya yang indah dapat juga mengindahkan jiwa dan akhlaq kita!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: