RSS

“Jadi Penulis Boleh Hidup Ke?”

13 Sep

Pertemuan singkat dengan Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said (Pak Samad) semalam, mencelikkan dan saya berpendapat mampu membuka mata mana- mana pihak berkenaan pandangan mereka kepada golongan seperti kami, golongan penulis bebas.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan, Saudara Firdaus Ariff yang turut hadir ke program tersebut. Kerana soalan beliau, membuat sebilangan besar penonton yang hadir terpaku seketika.

Terdiam, terpukau dek soalan saudara Firdaus dan jawapan daripada Pak Samad. Soalan yang diajukan adalah “Bolehkah seseorang hidup dengan menjadi penulis bebas sepenuh masa?”

Kenyataannya, tanggapan sebilangan besar masyarakat berpendapat amat sukar untuk seseorang hidup dengan hanya menjadi penulis semata- mata.

Pak Samad berkata tiada apa yang mustahil di dunia ini, ia bergantung kepada orang tersebut.

Beliau juga pernah diajukan soalan sebegitu sewaktu baru menceburi karier penulisan. Setelah mendalami bidang ini dengan begitu lama, barulah semua nikmat hadir satu demi satu.

“Faisal Tehrani, S.M.Zakir mampu hidup hanya dengan membuat buku. ”

Belakang parang kalau diasah, mesti tajam. Begitulah jua kehidupan Pak Samad. Semakin lama seseorang berada di dalam bidang yang diminati, semakin meningkat mutu kerja beliau.

Sebelum saya menjadi penulis bebas, ibu saya sendiri bertanya “Boleh hidup ke dengan menulis?” Persoalan berbaur cabaran, akhirnya saya berjaya buktikan kepada ibu bahawa bidang penulisan mampu buat duit.

Saya baru sahaja ‘menyentuh’ duit pinjaman semalam untuk membayar yuran hostel, selama ini saya hidup berdasarkan duit penulisan yang dibayar oleh Pejabat Perhubungan Awam UIAM.

Ibu memang sukar untuk memberi saya duit belanja. Kata beliau “Alah, kau kan dah kaya dengan duit penulisan itu.” Saya dengar, ketawa sendirian. Benar kata ibu.

Sesetengah pihak kadang- kadang menganggap idea kita gila, sesuatu yang kita mahukan itu tidak masuk akal.

Namun saya percaya tiada apa yang mustahil di dunia ini.Kadang- kadang idea gila itulah yang menjadi.

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Dulu, ramai orang yang memandang rendah akan hasrat beliau yang ingin menukarkan kawasan bekas lombong menjadi satu kawasan perumahan.

Usaha beliau yang gila itu membuahkan hasil kerana kini, bandar yang beliau usahakan dulu dikenali sebagai Bandar Sunway bernilai RM2 billion dan ia merupakan kawasan perumahan yang unggul di Lembah Klang.

 

 
1 Komen

Posted by di September 13, 2007 in Tokoh

 

One response to ““Jadi Penulis Boleh Hidup Ke?”

  1. nurulizz

    September 21, 2007 at 11:16 pm

    inspired me to write good things laaa. tq!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: