RSS

Sekilas Fikiran Daripada Pembacaan Quran

20 Sep

Kalau 8 tahun yang lalu, saya terasa diri ini kerdil sekali. Saya akan duduk bersila, membaca ayat- ayat Quran di hadapan seorang ustazah.

Kadang- kadang sambil membaca, tertidur pula si ustazah saat mendengar saya melafazkan kalimat- kalimat Allah SWT.

Kalau membaca disertai dengan pelbagai kesalahan bacaan, tubuh kecil ini akan jadi mangsa cubitan si ustazah yang garang. 

Itu dulu, sehingga kini ibu mewajibkan kami lima beradik membaca Al- Quran setiap hari. Kalau tidak dapat 4 muka, bacalah sekadar yang termampu. Jangan sampai ia ditinggalkan.

“Itulah teman engkau dalam kubur nanti, Aliff,” kata ibu. Daripada saya sehinggalah giliran adik saya yang bongsu, kami berlima dihantar ke sekolah agama untuk mengaji di sebelah petang.

Di sebelah pagi pula, bersekolah biasa. Kalau dahulu, pelbagai alasan dan penipuan yang saya cuba cipta semata- mata untuk tidak bersekolah agama.

Setelah beberapa tahun berlalu, saya rasa bersyukur kerana mampu membaca ayat- ayat Tuhan dengan lancar. Kalau ada kesilapan, tidaklah terlalu banyak dan tidak pula terlalu besar kesalahan tersebut.

Minggu lepas, ibu menyuruh saya melihat bacaan adik saya yang keempat.

Ternyata, status beliau yang sudah khatam Al- Quran pada tahun lepas yakni sewaktu beliau berusia 11 tahun  tidak menjamin bahawa beliau boleh membaca ayat Quran dengan lancar.

Saya memang tidak puas hati dengan bacaan beliau.

Ibu pula memikirkan adik saya patut dihantar semula ke sekolah agama bagi mengukuhkan dan melancarkan lagi pembacaan.

Melihat kepada isu adik yang tidak lancar membaca ayat suci dari langit, pemikiran saya tersentak dengan lagi satu isu yang masih lagi menyelubungi masyarakat.

Tanggapan masyarakat apabila seseorang telah tamat sesuatu pengajian dalam suatu jangka masa yang sekejap atau pun tamat sesuatu pengajian lebih awal daripada yang dijangkakan, maka orang tersebut digelar genius, pandai dan tahu segala- galanya.

Pendapat saya, persepsi sebegini harus dibetulkan. Seandainya kita ingin bercakap sesuatu yang elok mengenai orang tersebut, kenalilah dia dahulu.

Jangan disebabkan kejayaan beliau yang tidaklah sebesar mana, kemana sahaja pergi, beliau disanjung dan dijulang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 20, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: