RSS

Restoran Kampung Serba Lengkap

21 Sep

Setelah sekian lama saya mengunjungi restoran ini, baru sekarang saya berani membuka cerita tentang apa yang menarik mengenai restoran ini.

Dikenali sebagai Restoran Kelah, saya jamin sesiapa yang makan di restoran ini akan mendapat kepuasan sebenar selepas mencuba di Restoran Kelah. Hendak tahu apa yang disajikan di sini?

Saya boleh katakan di sini semuanya ada. Daripada masakan Siam, masakan Barat, kuih- muih, bubur, kebab, minuman yang menyejukkan tekak, semuanya sedap belaka.

Untuk pertama kali di dalam hidup, restoran ini merupakan restoran Melayu pertama yang menyediakan khidmat wi-fi secara percuma.

Dilengkapi dengan tempat menjamu makanan yang berhawa dingin, pelanggan juga boleh makan di tempat yang terbuka.

Mungkin saudara berpendapat restoran ini terletak di tengah kesibukan kota dan pasti ‘menjerut’ leher pelanggan dengan mengenakan khidmat bayaran yang mahal.

Hakikatnya, restoran ini terletak di Sungai Penchala, Petaling Jaya. Terus- terang saya katakan, kali pertama saudara mengunjungi tempat ini saudara akan rasa suasana kampung.

Malah, harga yang dikenakan juga berpatutan. Dengan tidak kedekut memberi makanan secara berlebihan kepada pelanggan, saya pasti saudara tidak akan rasa rugi apabila makan di restoran ini.

Saya makan di restoran Melayu di ibu kota, mahupun di restoran atau gerai yang berdekatan dengan rumah, tiada pula khidmat Internet secara percuma disediakan. Kalau ada pun, boleh dibilang jumlahnya.

Kalau hendak guna Internet secara percuma, terpaksalah pergi ke Starbuck, Coffee Bean atau kedai Ice- Cream Baskin Robin dimana harga untuk makanan atau minuman yang saudara pesan memang mahal.

Kalau hari- hari pergi ke tempat seperti ini, boleh kering poket sebelum hujung bulan. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya saudara mengunjungi Restoran Kelah setiap hari.

Restoran Kelah juga ada menyediakan khidmat tempahan makanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai restoran ini, saudara boleh menghubungi Encik Abdul Ghani di talian 012- 296 5190.

Kepada pengusaha restoran atau gerai yang berminat untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan Encik Abdul Ghani mengusahakan Restoran Kelah, saya rasa tidak menjadi suatu kesalahan bagi mereka menghubungi Encik Abdul Ghani berkenaan perkara tersebut.

 
1 Komen

Posted by di September 21, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Restoran Kampung Serba Lengkap

  1. aliman

    Mei 5, 2008 at 6:24 pm

    Tunjuk gambar, lagi mantap, waktu siang lagi bagus.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: