RSS

Adegan Panas Si Kecil

26 Sep

Seorang anak kecil bernama Ani(bukan nama sebenar) dihantar ke taska ibu setelah tidak ‘diterima’ oleh tiga pusat taska.

Berumur lima tahun. Pada hari pertama mereka sampai di taska ibu, si kakak sudah berani mula menunjukkan “taring”.

Baju yang yang cantik dan elok dipakai, sengaja Ani londehkan sedikit, nampaklah bahu yang hitam legam serta berkudis itu.

Apabila memakai skirt, sengaja beliau menarik skirt ke atas sehingga menampakkan seluar dalamnya.

Ani menarik skirt di tengah budak- budak lain sewaktu mereka ingin menjamu selera.

Kalau saya berada di antara budak- budak yang melihat “aksi percuma” tersebut, terus- terang saya katakan saya tidak lalu hendak makan. Terasa jijik apabila membayangkan peristiwa tersebut.

Sekiranya seorang remaja berpakaian menjolok mata, saya boleh menerima hakikat. Ini baru berumur lima tahun, sudah pandai membuat “tayangan percuma” kepada kanak- kanak lain.

Pernah sekali, seorang pelajar ibu, Farok (bukan nama sebenar) memakai baju Spiderman dan Farok memasukkan baju Spiderman beliau sedikit ke dalam seluar, tuck- in baju ke dalam seluar.

Ani nampak Farok memakai baju Spiderman, terus berlari ke arah budak tersebut lalu meniarap betul- betul di hadapan Farok. Tahu apa seterusnya yang berlaku?

Ani memegang baju Farok dan entah apa agaknya yang sedang bermain di kepala beliau, Ani telah membuka zip seluar lalu menarik baju Farok dari seluar.

Nasib baik salah seorang cikgu di taska ibu melihat kejadian tersebut, sempat si cikgu menghalang perbuatan buruk Ani daripada melarat menjadi lebih parah.

Apabila dirisik, Ani mempunyai sebuah televisyen dilengkapi dengan ASTRO di dalam bilik beliau di rumah. Alat pengawalan jauh juga berada di dalam bilik tersebut.

Dalam erti kata lain, Ani bebas untuk menonton apa- apa rancangan yang beliau mahu, biar pun sesetengah program di ASTRO tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan kanak- kanak seperti Ani.      

Ibu bertanya pula kepada ibu Ani mengapa perangai kanak- kanak tersebut buruk sedemikian rupa. Inilah jawapan daripada ibu yang tidak bertanggungjawab itu berikan “Saya tak tahu la cikgu. Saya tidak tahu.”

Tak tahu? Oh, buat anak tahu pula. Jaga anak tidak tahu. Jawapan beliau mencerminkan beliau seorang yang tidak tahu memegang tanggungjawab, tidak mempedulikan kebajikan si anak, dan tidak pandai menjalankan amanah yang telah diberikan Tuhan.

Harus diingatkan, anak merupakan salah satu rezeki daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kalau ibu sudah tidak mempedulikan hal kebajikan si anak, alamatnya gelaplah masa depan si anak kecil ini.

Anak umpama kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ramai pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, yang mengidam- idamkan untuk memiliki anak sendiri.

Seorang wanita pernah menggemparkan Malaysia kerana menculik bayi yang baru sahaja dilahirkan oleh seorang wanita yang lain.

Apabila kes tersebut selesai, penculik tersebut disahkan oleh doktor mengalami sakit mental dan begitu kepingin untuk menimang cahaya mata sendiri

Tidak semua orang berpeluang mempunyai anak sendiri, kalau ada didiklah anak tersebut sebaik mungkin. 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 26, 2007 in Diari PDAJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: