RSS

Cerita Golongan Ketua dan Pemikir

26 Sep

Kurang daripada tiga minggu lagi, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam erti kata lain, masa yang tinggal untuk saya menyiapkan semua kertas kerja yang terbengkalai juga semakin berkurangan.

Saya mencongak- congak, merangka pelan bagi menghabiskan tiga kertas kerja yang boleh tahan kepayahannya.

Dua assignment dilakukan secara berkumpulan, satu lagi secara individu. Ada individu yang gemar melakukan assignment sendirian, ada pula yang lebih rela membuat kerja secara berkumpulan.

Buat secara sendirian ada kebaikan dan keburukan, buat assignment di dalam gerak kerja berkumpulan juga mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. 

Kalau dilakukan secara sendirian, saudara tidak perlu membuat perjumpaan  dengan ahli kumpulan bagi membincang dan membahagi kerja. Apa yang saudara buat, saudara akan mengalami semuanya sendiri.

Daripada aspek kepayahan dan kesenangan dalm mencari sumber maklumat, semuanya ditanggung sendiri. Tidak payah bermasam muka kalau ahli kumpulan tidak membuat kerja kerana semuanya dilakukan sendiri.

Apabila membuat kerja secara berkumpulan, prinsip “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” haruslah menjadi pegangan. Mesti saling bekerjasama. 

Ada ketika salah beberapa orang ahli tidak membuat satu kerja pun, cuma menghantar nama bagi mendapat markah.

Kadang- kadang, ada pensyarah menyuruh kami membuat kerja dalam kumpulan, namun markah akan diadili secara individu.

Malah, ada ahli yang ingin turut terlibat di dalam projek tetapi dari awal sehingga ke akhir, beliau masih kurang mengerti akan apa yang tuan/ puan pensyarah mahukan daripada kami.

Akibatnya dari awal hingga akhir, beliau kena dibimbing oleh rakan yang lain.

Ada ahli kumpulan yang malas apabila kerja tersebut memerlukan mereka bergerak ke suatu tempat yang jauh dan mereka tidak pernah kunjungi sebelum ini.

Apabila memikirkan soal masa dan wang yang terpaksa dibelanjakan bagi menyiapkan assignment, ada ahli yang tidak boleh bertolak ansur dan terlalu berkira dalam soal ini.

Malah, kalau saudara dapat ahli yang menanti sahaja arahan daripada teman sekumpulan yang lain untuk bergerak, jenis yang sudah terhantuk, baru hendak tergadah nampaknya lambatlah kerja saudara akan siap.   

Semuanya saya sudah merasa. Akibatnya, hendak atau tidak saya terpaksa melantik diri saya sendiri menjadi ketua bagi sesebuah kumpulan. Walaupun saya melantik secara tidak langsung, saya terpaksa berbuat begini.

Pendapat saya, bukan mudah untuk menjadi ketua. Tanggungjawab dan amanah merupakan aspek utama yang perlu digalas sebaik mungkin oleh seorang ketua.

Kalau saya tidak menjadi ketua bagi sesebuah kumpulan, saya akan menjadi golongan pemikir pula. Mengatur perancangan dan memberi komen dan cadangan.

Ada juga ahli lain yang bersikap seperti saya, namun saya nampak seolah- olah diri ini cuba mendominasi sebuah kumpulan. Sehingga kini, saya cuba mempelajari untuk mengawal diri.

Ketua juga perlu menjaga hati orang bawahan, kalau tidak dijaga betul- betul takut orang bawahan buat hal dan tidak mahu berkerjasama pula.

Bukan senang untuk menjadi ketua dan golongan pemikir.    

 
2 Komen

Posted by di September 26, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Cerita Golongan Ketua dan Pemikir

  1. studiomuslim

    September 26, 2007 at 4:16 pm

    Untuk memahami peranan kerja dalam organisasi, kita boleh gunakan gambaran piramid. Sama seperti piramid makanan dan lain-lain piramid lagi.

    Semakin kecil atau semakin berada di bucu, golongan itulah yang paling banyak berfikir. Jumlah mereka sedikit dan mereka adalah ketua.

    Di bahagian tengah adalah pekerja mereka yang juga merupakan ketua kepada yang dibawah lagi. Jadi yang di tengah juga berfikir cuma kurang sedikit peranannya berbanding yang di atas. Dan begitulah seterusnya.

     
  2. writerdruid

    September 28, 2007 at 8:56 am

    Tuan penulis, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita mengenai peranan ketua di dalam sesebuah organisasi pekerjaan. Terima kasih!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: