RSS

Rintihan Seorang Budak Pendek dan Kecil

26 Sep

Sabtu lalu, saya pergi ke One Utama (OU) bersama rakan. Melihat tempat mengambil tiket untuk masuk ke tapak parking di OU, dahi saya berkerut, mulut saya tertutup rapat.

Terkenang kisah lama yang cukup melucukan terjadi kepada saya, berlaku di tempat yang sama, melakukan perbuatan yang sama iaitu ingin mengambil tiket parking.

Disebabkan fizikal badan saya yang pendek, saya terpaksa membuka pintu kereta untuk mengambil tiket parking. Waktu itu, teman serapat saya ketawa berdekah- dekah sahaja.

Kalau saya tiada di hadapan beliau, mungkin beliau akan ketawa sambil berguling- guling di atas lantai agaknya.

Ikut emosi saya ketika itu, hendak sahaja saya halau beliau keluar dari kereta ibu saya. Namun apakan daya, hati saya tidak tergamak melakukan perkara sedemikian kepada teman rapat saya ini.

Kalau wanita amat gerun untuk melihat berat badan mereka, saya pula amat takut untuk pergi mengukur ketinggian badan saya yang pendek ini.

Amat sukar untuk melihat seseorang yang lebih rendah daripada saya. Di kalangan rakan pun, saya antara yang terpendek antara semua.

Kadang- kadang, saya rasa kecil hati dengan sifat fizikal ini. Rakan sekolah dulu pernah berkata kepala saya lebih besar daripada badan.

Apabila ditanya mengapa beliau berkata sebegitu, dengan mudah beliau menjawab “Sebab engkau pendek. Hahahahaha!”

Adk saya yang kedua dan keempat lebih besar dan lebih tinggi daripada saya. Saya renung, saya fakir lalu hati kecil saya berkata “Agaknya bakal isteri aku nanti pun lebih tinggi dan besar daripada aku kot…”

Kepala saya terbang menerawang, berangan- angan sebentar. Kalau para saintis Berjaya mencipta pil untuk mempercepatkan pembekuan darah bagi mengelakkan kehilangan darah yang banyak…

Alangkah indahnya kalau ada pil yang boleh mempercepatkan ketinggian dan tumbesaran saya. Pernah juga saya berdoa untuk menjadi tinggi.

Ibu pernah berkata banyakkan bergayut bagi memanjangkan urat. Yang saya nampak tempat untuk saya bergayut adalah di telefon, “bergayut” juga. Hehehehe

Seorang rakan saya dari pusat matrikulasi dulu pernah berkata “Banyak good things jadi pendek ini. Sebagai contoh, orang takkan dapat agak your age, Aliff.”

Entah benar atau tidak, saya kurang pasti mengenai isu tersebut.

Sekali lagi saya berfikir, saya rasa cukup bersyukur kerana walaupun diri ini kecil dan rendah, sekurang- kurangnya Tuhan telah mengurniakan saya sempurna sifat dan fizikal.

Walaupun pernah terlibat dengan kemalangan yang buruk sewaktu di usia sembilan tahun, bersyukur saya masih hidup.

Dibandingkan diri ini dengan orang kurang upaya, rasa nasib diri ini lebih beruntung. Eloklah bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan ini, alhamdulillah.

 

 

 
1 Komen

Posted by di September 26, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Rintihan Seorang Budak Pendek dan Kecil

  1. shah dan ella

    September 17, 2008 at 4:34 am

    pendek pon pendek ler……………..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: