RSS

Di Bengkel Bersama Wartawan Veteran Dunia Ekonomi

27 Sep

Biasanya pada hari Rabu saya akan bangun paling lewat pukul 9 pagi. Namun, semalam saya terpaksa bangun dua jam lebih awal daripada hari Rabu yang lain.

Semalam, saya telah dijemput untuk menghadiri bengkel penulisan anjuran Fakulti Komunikasi Media, UIAM.

Daripada 13 peserta yang hadir, hanya saya seorang pelajar. Yang lain semua adalah staf UIAM.  

Mungkin ada rakan yang bertanya, mengapa pelajar Komunikasi tidak dijemput menghadiri program ini sedangkan saya juga pelajar jurusan jurusan Komunikasi Media. Saya tidak mempunyai jawapan tersebut.

Saya dijemput setelah mendapat surat daripada bos mengenai program ini.

Dikelolakan oleh Ketua Fakulti Komunikasi Media, Prof. Dr. Madya Azmuddin Ibrahim yang pernah bekerja sebagai wartawan ruangan Ekonomi sewaktu beliau menetap di luar negara dahulu. 

Walaupun 13 orang ini hadir bagi mendalami ilmu bagaimana untuk menghasilkan penulisan bercorak newsletter, ternyata pengalaman serta ilmu yang kami dapat adalah lebih bercorak kepada dunia penulisan secara keseluruhan.

Berkongsi pengalaman sewaktu beliau menjadi seorang wartawan ruangan Ekonomi, “Sewaktu di bangku sekolah, saya pernah menjadi penulis, editor, penjual suratkhabar , menghasilkan suratkhabar dan apa yang menarik, suratkhabar ini adalah milik saya dan tiga rakan lagi.”

“Zaman saya, komputer adalah objek yang begitu aneh bagi kami. Kami menggunakan mesin taip untuk menghasilkan bahan penulisan.”

“Ketika melangkah ke alam pekerjaan, barulah saya berpeluang menggunakan komputer,” kata beliau.

Kelulusan beliau di dalam bidang Ekonomi hanyalah setakat cukup makan sahaja. Namun, beliau berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan Ekonomi dengan baik.

Apabila ditanya apakah rahsia yang beliau gunakan untuk menjadi pelapor berita yang baik sedangkan keputusan Ekonomi beliau hanyalah sekadar memuaskan, dengan wajah tersenyum beliau menjawab, “Saya membaca.” 

Benar, pembacaan mengubah seseorang. Mengubah daripada si bodoh menjadi si pandai, menukar tamadun yang daif dan buta huruf menjadi tamadun sehingga ke hujung waktu diperkatakan orang akan kehebatannya.  

Kerajaan Abbasiyyah muncul sebagai salah satu kerajaan yang terawal melahirkan golongan cendekiawan dan tokoh- tokoh ilmuwan sebelum kesedaran ilmu muncul di benua Eropah.

Kerajaan Abbasiyyah sudah lama lenyap dari dunia ini, namun sehingga kini sumbangan dan sejarahnya masih dihargai, dikenang dan diguna pakai oleh semua.

Kembali kepada bengkel tadi, terus- terang saya katakan saya tidak menyesal ponteng dua kelas semalam semata- mata untuk menghadiri program ini.

Tidak semua saya berjaya catatkan, tetapi apa yang saya dapat saya kongsi bersama saudara.

Beberapa aspek perlu diambil kira sebelum menulis adalah:
– Tahu semua peralatan yang ingin dipakai bagi menulis
– Ketahui subjek yang ingin ditulis
– Rancang penulisan saudara
– Tulis semua yang berkenaan (pedulikan kesilapan, teruskan menulis)
– Betulkan kesalahan penulisan saudara dan tulis apa yang sudah dibaiki
– Cari pembaca (Amat PENTING)

Seorang penulis yang baik menulis bagi:
– Mencapai objektif penulisan beliau
– Daripada jumlah perkataan, bahan penulisan dan perkataan yang digunakan, semuanya seimbang
– Lengkap dan ketepatan bahan penulisan itu tidak diragui  
 

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 27, 2007 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: