RSS

Pengalaman dari Agensi Berita Nasional Malaysia

28 Sep

Tanggal 27 September 2007, buat pertama kali dalam hidup, saya menjejakkan kaki ke syarikat Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Pergi menjadi seorang posmen, menghantar surat untuk membuat lawatan kajian bagi menyiapkan assignment.

Pada pandangan saya, bangunan BERNAMA kelihatan sedikit usang. Sebagai sebuah badan berita yang menyediakan berita- berita kepada semua media di Malaysia, imej bangunan juga perlu dijaga untuk menjaga nama.

Kali pertama berjumpa, imej pertama yang dilihat, imej itulah yang akan sentiasa melekat sampai bila- bila.

Disebabkan pemikiran saya sebegitu, saya beranggapan suasana dan perkhidmatan di sana juga hanya berada pada tahap memuaskan sahaja. Saya sangkakan saya perlu melalui banyak protokol di sana.

Rupanya saya tersilap.

Semuanya berlalu dengan cukup mudah dan menyenangkan hati saya. Mungkin, bangunannya nampak tidak cantik, tapi ‘isinya’ seolah- olah dijaga dengan rapi; daripada kakitangan, suasana dan perkhidmatan yang diberikan… Saya cukup puas hati.

Boleh dikatakan tahap sekuriti di sana agak tinggi. Ada beberapa pegawai jaga yang sering berulang- alik dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Muka nampak masam, tapi mereka memang mesra kepada pelawat yang datang. Seorang jaga telah menemani saya untuk berjumpa dengan Ketua Audio dan Visual di BERNAMA, terasa macam jadi YB pula ketika itu.

Yang saya kagum dengan agensi ini adalah tetamu atau pelawat yang datang dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja walaupun orang tersebut adalah ketua jabatan. (Pastikan orang yang ingin kita jumpa tidak terlibat dengan mesyuarat)

Semalam, saya telah pergi ke dua buah jabatan yang berbeza di bangunan BERNAMA. Pergi ke Tingkat 1 untuk bertemu Ketua Audio dan Visual, dapat. Pergi ke Tingkat 12 untuk bertemu Penolong Pengarah Urusan Korporat BERNAMA, pun dapat.

Tidak perlu mengisi borang, tidak perlu telefon untuk buat temu janji, tidak perlu menunggu lama di depan kaunter semata- mata untuk bertemu dengan pemimpin sesebuah jabatan.

Sesetengah institusi mengamalkan sistem protokol dan tatacara yang menyakitkan hati. Pelawat dari luar yang baru sahaja tiba di institusi berkenaan, “disambut” dengan plebagai peraturan yang beliau perlu ikuti.

Kalau hendak berjumpa dengan pemimpin, lagilah rumit. Kena buat temu janji dulu. Tiada appointment, tidak boleh jumpa.

Bukankah Islam menggariskan sesiapa sahaja di kalangan pengikut boleh bertemu dengan ketua mereka tanpa melalui pelbagai prosedur yang menyusahkan?

Pengalaman saya untuk bertemu dengan orang berpangkat besar di sana, memang akan terpahat di ingatan. Bukan kerana jawatan mereka, tapi kerana kesenangan untuk bertemu orang- orang berpangkat besar sebegini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di September 28, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: