RSS

Monthly Archives: Oktober 2007

Daripada Rider, Kepada Rider

Pada hari Ahad yang lepas, saya telah diundang untuk berbuka puasa di rumah kakak rakan saya yang terletak di Batu Caves.

Bagi sesiapa yang kali pertama pergi ke rumah beliau, terasa jauh juga.

Mengambil masa 20 minit dari UIAM, kami melalui jalan lama ke Genting Highlands untuk sampai ke rumah kakak beliau.

Janji pukul 6.30 petang, bertolak jam 6.45 petang kerana salah seorang daripada kami datang lewat.

Sampai di rumah kakak beliau, jelas kawasan perumahan tersebut masih lagi baru. Setibanya di sana, azan pun berkumandang.

Tidak sempat beramah mesra dengan tuan rumah, makanan yang tersedia terpaksa kami dahulukan.

Sambil makan, kami berborak dengan tuan rumah dan rakan- rakan saya yang lain.

Untuk pengetahuan saudara, kami berempat ke sana dengan menaiki motor. Dua penumpang, dua pemandu dan dua motorsikal.       

Macam- macam yang kami bualkan. Topik yang menarik minat saya untuk bertanya soalan bertalu- talu kepada rider- rider ini adalah aspek keselamatan semasa menunggang motorsikal dan pengalaman ditahan polis trafik. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Oktober 4, 2007 in Cerita Teman

 

Kehendak Seorang Pengundi PRK 2007

Ah, sudah dua hari pilihanraya kampus (PRK) tamat. Tanggungjawab sebagai seorang pengundi, saya telah menjalankan sebaik mungkin.

Harap- harap calon yang terpilih melaksanakan semua janji- janji manis mereka kepada komuniti kampus.

Saya hanya kenal dua calon daripada lima calon yang bertanding. Maka, dua orang ini menerima undi saya.

Kenapa saya memilih mereka? Jawapan yang saya boleh berikan, saya selalu melihat dua orang ini di dalam program- program kampus. Kepada nasib lagi tiga orang calon, kasihan mereka.

Barangkali, lagi tiga orang ini lebih layak untuk menerima undi saya dan lebih aktif dibandingkan dengan dua calon ini.

Saya memikirkan calon- calon yang bertanding, mereka hanya diberi masa selama sehari sahaja untuk berkempen. Dalam masa sehari, pelbagai teknik dan taktik perlu digunakan bagi memancing pengundi.

Malam sebelum hari pengundian, rakan saya berkata, “Aku hendak undi perempuan yang lawa je.” Tidak tahu sama ada beliau bergurau atau beliau akan lakukan seperti apa yang beliau katakan.

Orang sebegini tidak patut mengundi. Hanya berwajah jelita menjadi pilihan di sanubari beliau. Apa jadi kalau semua calon tidak lawa? Mahu ke beliau keluar mengundi?

Datuk Siti Nurhaliza pernah menegaskan kecantikan itu suatu bonus semata- mata.

Kalau saudara keluar mengundi, apakah ciri- ciri seorang pemimpin yang saudara mahukan? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 4, 2007 in Kisah Hidup