RSS

Daripada Rider, Kepada Rider

04 Oct

Pada hari Ahad yang lepas, saya telah diundang untuk berbuka puasa di rumah kakak rakan saya yang terletak di Batu Caves.

Bagi sesiapa yang kali pertama pergi ke rumah beliau, terasa jauh juga.

Mengambil masa 20 minit dari UIAM, kami melalui jalan lama ke Genting Highlands untuk sampai ke rumah kakak beliau.

Janji pukul 6.30 petang, bertolak jam 6.45 petang kerana salah seorang daripada kami datang lewat.

Sampai di rumah kakak beliau, jelas kawasan perumahan tersebut masih lagi baru. Setibanya di sana, azan pun berkumandang.

Tidak sempat beramah mesra dengan tuan rumah, makanan yang tersedia terpaksa kami dahulukan.

Sambil makan, kami berborak dengan tuan rumah dan rakan- rakan saya yang lain.

Untuk pengetahuan saudara, kami berempat ke sana dengan menaiki motor. Dua penumpang, dua pemandu dan dua motorsikal.       

Macam- macam yang kami bualkan. Topik yang menarik minat saya untuk bertanya soalan bertalu- talu kepada rider- rider ini adalah aspek keselamatan semasa menunggang motorsikal dan pengalaman ditahan polis trafik.

Malah, salah seorang daripada rider ini sempat memberi tips berguna kalau saudara ditahan polis traffik. Mokhtar (bukan nama sebenar) berkata, “Kalau kau nampak polis, buat muka selamba je. Kalau dia tahan, tenangkan diri. Jangan gelabah.”

Mokhtar yang pernah ditahan oleh polis trafik kerana menunggang motorsikal tanpa lesen, menunggang motor yang sudah pun luput tempoh cukai jalannya, sudah terlepas sekatan jalan raya beberapa kali. Hai… Rezeki kau Mokhtar…

Seorang lagi rider, Zizan (bukan nama sebenar) pula bercakap, “Aku pun pernah kena tahan. Polis tu belum sempat cek, aku terus pergi jumpa dia minta maaf.”

Kami yang mendengar, ketawa sahaja. Kesalahan apa? Kesalahan sama seperti yang Mokhtar lakukan. Akibatnya, Zizan terpaksa mendengar “ceramah percuma” selama 15 minit di hadapan rider- rider yang lain.

Adha( bukan nama sebenar), rider yang ditahan di plaza tol Senawang mempunyai cerita tersendiri juga. “Aku kena road block kat Senawang. Time tu aku bawa motor Jaguh, pinjam pakcik aku punyer.”

“Tak sangka kena tahan, kawan aku kat belakang dah cuak. Aku cakap kat dia relaks. Tapi, aku pun dah berpeluh waktu tu,” cerita Adha. Saya dengar, senyum sahaja. Nasib beliau baik kerana beliau tidak melakukan apa- apa kesalahan trafik.

Kadang- kadang, saya kasihan melihat golongan rider seperti rakan- rakan saya ini. Maklumlah, ciri- ciri keselamatan yang mereka ada hanyalah topi keledar selain disarankan memakai pakaian cerah di waktu malam.

Nyawa rider ibarat timun, nyawa pemandu kenderaan lain selain daripada motor pula saya umpamakan seperti durian. Timun melenyek durian pun hancur, dilenyek durian pun hancur.

Timun hanya mampu melenyek durian sekiranya durian sudah pun menjadi tempoyak. Nyawa rider senang melayang, statistik juga menunjukkan bilangan kemalangan yang tertinggi di Malaysia dimonopoli oleh rider.

Ada desas- desus mengatakan motorsikal tidak lagi dibenarkan menggunakan jalan- jalan utama di Malaysia disebabkan Menteri Kerja Raya nampak lumba haram berlaku di depan mata beliau sendiri.

Isu ini pernah hangat sebelum ini, kemudian ia surut sebentar. Kini, ia muncul kembali. Kasihan rider- rider… Kerbau mandi lumpur, habis seluruh badan terpalit.

Kalau di China, tiada satu motorsikal yang kelihatan di bandar- bandar besar di sana. Kerajaan China mengharamkan kenderaan tersebut untuk memasuki kota utama.

Mungkin, Malaysia sedang memulakan jejak untuk menjadi seperti China. Mungkin…   

 

 
2 Komen

Posted by di Oktober 4, 2007 in Cerita Teman

 

2 responses to “Daripada Rider, Kepada Rider

  1. aliman

    Oktober 11, 2007 at 7:20 pm

    Tak update yerrr. kata 2 hari sekali huhuhu. Mesti nak jadi pengikut jai hahaha

     
  2. Affuan

    Oktober 22, 2007 at 8:07 am

    Aku sokong jika bandar2 x leh masuk motor hatta keter skalipun. Tinggal pinggir bandar, jalan kaki atau naik beskal! Haha..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: