RSS

Kehendak Seorang Pengundi PRK 2007

04 Oct

Ah, sudah dua hari pilihanraya kampus (PRK) tamat. Tanggungjawab sebagai seorang pengundi, saya telah menjalankan sebaik mungkin.

Harap- harap calon yang terpilih melaksanakan semua janji- janji manis mereka kepada komuniti kampus.

Saya hanya kenal dua calon daripada lima calon yang bertanding. Maka, dua orang ini menerima undi saya.

Kenapa saya memilih mereka? Jawapan yang saya boleh berikan, saya selalu melihat dua orang ini di dalam program- program kampus. Kepada nasib lagi tiga orang calon, kasihan mereka.

Barangkali, lagi tiga orang ini lebih layak untuk menerima undi saya dan lebih aktif dibandingkan dengan dua calon ini.

Saya memikirkan calon- calon yang bertanding, mereka hanya diberi masa selama sehari sahaja untuk berkempen. Dalam masa sehari, pelbagai teknik dan taktik perlu digunakan bagi memancing pengundi.

Malam sebelum hari pengundian, rakan saya berkata, “Aku hendak undi perempuan yang lawa je.” Tidak tahu sama ada beliau bergurau atau beliau akan lakukan seperti apa yang beliau katakan.

Orang sebegini tidak patut mengundi. Hanya berwajah jelita menjadi pilihan di sanubari beliau. Apa jadi kalau semua calon tidak lawa? Mahu ke beliau keluar mengundi?

Datuk Siti Nurhaliza pernah menegaskan kecantikan itu suatu bonus semata- mata.

Kalau saudara keluar mengundi, apakah ciri- ciri seorang pemimpin yang saudara mahukan?

Dalam buku “Panduan dan Asas untuk Pemimpin Berwibawa” karya Hj. Ahmad Fadzli Yusof dan Amin Idris, mereka mengupas isu kepimpinan daripada pelbagai sudut.

Sungguhpun buku tersebut membincangkan bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, isi- isi di dalam buku tersebut memang sudah cukup menyakinkan saya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang ketua.

Saya memandang seorang ketua yang mampu berkorban untuk kebaikan anak buah beliau; korban masa, duit dan tenaga. Prinsip ini ada disebutkan di dalam buku tersebut.
Saya mencari seorang yang bukan sahaja rajin membuat kerja bersama ahli pasukan, tetapi rajin memberi kata- kata semangat untuk terus berjuang bagi kecermelangan pasukan.

Saya tidak suka seorang ketua yang gemar mengkritik dari depan dan belakang sungguhpun kritikan beliau berasas dan kena pada tempatnya. Bagi saya, ketua sebegini patut membaca buku teknik komunikasi dengan ahli pasukan.

Sungguhpun kritikan tersebut membina, tidak semua orang boleh menerima mesej yang tersirat di dalam kritikan tersebut.

Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pernah menegur beberapa rancangan realiti TV di Malaysia yang mengkritik kesilapan peserta program sehingga ada sampai ke tahap menjatuhkan air muka peserta.

Apa yang saya ingin daripada seorang ketua, itulah juga yang saya sedang cuba untuk lakukan.

Seandainya saudara tidak dapat menjadi pemimpin atau ketua di mana- mana, saudara memang kekal menjadi pemimpin bagi diri sendiri.

    

 
Tinggalkan komen

Posted by di Oktober 4, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: