RSS

Monthly Archives: November 2007

Amaran Kepada Orang Atasan!

Kadang- kadang, saya rasa bangga sangat kerana pada usia 20 tahun saya sudah pun bergelar staf UIAM. Adakalanya, saya rasa seolah- olah terpinggir daripada semua orang. Maklumlah, hanya saya seorang sahaja pelajar di kalangan pegawai dan staf UIAM.

Selama hampir setahun ini, saya bekerja di bawah Puan Shahrizad Sa- Idul Haj. Seorang bos dan ketua yang selalu sibuk. Ditugaskan untuk menjaga hubungan dengan pihak media dan ketua protokol di dalam sebuah program, beliau memang seorang yang sibuk.   

Sibuk macam mana sekalipun, alhamdulilah, sehingga kini beliau tidak pernah melupakan orang bawahan seperti saya. Entah mengapa, saya sengaja membuat perbandingan antara beliau dengan seorang lagi ketua di pejabat saya.

Saya tidak bekerja di bawah ketua ini, Puan Ameenah (bukan nama sebenar). Walaupun Puan Ameenah bukan ketua saya, saya hormat beliau sepertimana saya hormat bos saya. Tetapi, manusia itu tidak akan terlepas daripada membuat salah. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di November 28, 2007 in Dari Kamar Office

 

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Agaknya perempuan zaman sekarang, yang seusia dengan saya, kalau hendak mencari teman lelaki… Ciri- ciri apakah yang mereka inginkan? Kriteria apakah yang kaum lelaki harus ada supaya menjadi rebutan dari kalangan wanita?

Saya tanya soalan ini kepada ibu saudara yang berumur 36 tahun. Mengapa saya mengajukan soalan ini kepada orang yang lebih tua daripada saya? Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di November 27, 2007 in Cerita Teman

 

Di Sebalik Hukuman Darurat

Minggu lepas, adik saya yang keempat dan kelima, Aqil dan Aqmal dikuarantin selama tiga hari oleh ibu daripada menyentuh keyboard untuk bermain permainan komputer.

Selama tiga hari ini, ibu mengisytiharkan darurat kepada mereka berdua.

Saya sangkakan hanya Pervez Musharraf sahaja yang mengisytiharkan darurat di Pakistan. Ibu juga mengambil langkah yang sama untuk diaplikasikan di rumah.

Sudah tentu saudara bertanya atas dasar apakah ibu mengambil langkah drastik sebegitu. Semuanya bermula apabila Aqmal dan Aqil tidak mahu mengalah di dalam permainan komputer. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di November 22, 2007 in Kisah Hidup

 

Penjagaan Kereta: Mana yang Terbaik?

Untuk pertama kali dalam hidup, saya menaip dari pusat servis kereta. Biasanya saya akan menaip dari rumah atau di bilik asrama. Hari ini, ibu memberikan saya tanggungjawab baru.

Saya kena menghantar kereta ibu ke Pusat Servis dan Baiki UMW Toyota yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Datang ke sini menghantar kereta untuk dibaiki. Pertama, membaiki lampu kereta yang pecah akibat ibu melanggar lori ayah saudara saya. Kemalangan kecil itu berlaku pada hari 17 November 2007 sewaktu ibu sedang mengeluarkan kereta dari garaj.

Membaiki lampu berharga RM390 manakala caj servis pula bernilai RM50. Walaupun hanya pecah sedikit sahaja, keseluruhan komponen terpaksa diganti. Jumlah harga keseluruhan ialah RM440.  

Kedua, untuk menghilangkan bunyi “tak”, “tak”, “tak”. Sudah dua kali kereta ibu dihantar ke sini, masalah yang sama tetap berlaku. Bunyi pelik ini berlaku ketika kereta sedang membelok kanan.

Nasib baik kereta ini ada lima hari sahaja lagi ia berada di bawah jaminan Toyota, maka tiada bayaran yang dikenakan untuk masalah kedua ini.

Kalau diberi pilihan untuk saudara membaiki kereta di bengkel biasa atau pusat servis kenderaan, yang mana satu menjadi pilihan? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 22, 2007 in Kisah Hidup

 

Kitaran Penghargaan dan Karya

Baru- baru ini, saya menerima SMS daripada seorang teman yang saya kenal sejak tiga tahun yang lalu.

Di dalam SMS tersebut, beliau berkata, “Pagi tadi, I almost khatam baca your blog. Sikit lagi, habislah :)” Wanita ini menghantar SMS di pagi 10 November 2007. 

Di dalam bilik, saya melonjak sendirian. Melompat dengan penuh kegirangan. Kenapa saya gembira? Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di November 19, 2007 in Kisah Hidup

 

Kebalnya Kanak- Kanak Zaman Sekarang

Prestasi seorang pelajar di taska ibu tiba- tiba jatuh merudum. Dahulu, beliau merupakan salah seorang pelajar yang memperolehi markah cemerlang di dalam ujian. Apa sudah jadi dengan kanak- kanak ini?

Adakah disebabkan kurangnya didikan daripada ibu bapa beliau, guru- guru di taska ibu saya tidak mengajar dengan betul atau ada faktor lain yang menyumbang kearah permasalahan ini? Wallahuallam.

Dahulunya, ibu kepada kanak- kanak ini tidak sudah- sudah memuji taska ibu saya kerana berjaya mendidik anak beliau.

Daripada tidak kenal huruf di usia empat tahun, pada usia kanak- kanak ini mencecah lima tahun, beliau sudah kenal nombor, huruf dan pandai membaca.

Mungkin kerana kejatuhan si anak, si ibu terus menemui ibu saya dan berkata beliau ingin memindahkan anak beliau ke pusat didikan yang lain tahun hadapan.

Hai, dulu puji melambung- lambung. Disebabkan prestasi anak jatuh, sudah ingin hantar ke tempat lain? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 19, 2007 in Diari PDAJ

 

Gajah Lawan Gajah, Kancil Mati Di Tengah- Tengah

Semalam, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dikeluarkan kepada 511,519 calon di seluruh negara.

Kepada adik- adik yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan.

Kepada sesiapa yang mendapat keputusan memuaskan, jangan bersedih. Banyak lagi ujian menanti di masa hadapan. Gagal di dalam ujian, tidak beerti saudara sudah gagal di dalam kehidupan.

Adik saya yang keempat adalah salah seorang calon daripada jumlah yang besar ini.

Mesti saudara tertanya- tanya apakah keputusan UPSR beliau, cemerlang, gagal atau sekadar cukup makan? Biarlah saya berterus- terang. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di November 15, 2007 in Coretan Pelajar