RSS

Cerita di Sebalik Undangan Jamuan Makan- Makan

01 Nov

Kepada semua pembaca yang saya hormati, saudara dijemput untuk menghadiri jamuan rumah terbuka ibu saudara saya pada hari Sabtu ini, 4 November 2007 bersamaan dengan 22 Syawal 1428 Hijrah.

Alamat rumah beliau ialah Lot 1111, Jalan Tanjung, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan Hari Raya ini bermula dari pukul 2 petang sehingga 8 malam, beliau menjemput semua orang untuk menghadiri rumah terbuka beliau.

Sekiranya ada pertanyaan untuk datang ke sini, jangan malu untuk menelefon saya di 013- 353 6211 atau saudara boleh menghubungi sendiri tuan rumah, Puan Nor Fazilah di talian 012- 691 1529.

Sudah menjadi adat di Malaysia, raya sekali setahun tetapi kita menyambutnya selama sebulan. Adat di Mekah pula, masyarakat di sana benar- benar meraikan Aidilfitri selama dua hari sahaja yakni pada 1 dan 2 Syawal.

Sebaik sahaja mereka melangkah memasuki 3 Syawal, semua aktiviti kembali seperti biasa. Jangan haraplah ada jamuan besar- besaran untuk makan percuma.

Mereka ada membuat jamuan bagi meraikan Aidilfitri, tetapi hanya saudara dan kenalan rapat sahaja yang dijemput.

Inilah pengalaman yang saya dapat sewaktu berkunjung ke sana tiga tahun yang dulu.

Seorang teman saya dari Britain berkata rakyat Malaysia membazirkan duit kerana gemar mengadakan jamuan rumah terbuka dan menjemput sesiapa sahaja untuk datang dan makan secara percuma.

Beliau mempunyai mulut dan akal fikiran. Itu pandangan beliau, saya hormat. Pendapat saya, setiap perbuatan yang kita lakukan, baik untuk kebaikan atau kejahatan, manusia akan sentiasa bercakap.

     

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 1, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: