RSS

Sekapur Sirih

01 Nov

Ah, sudah sekian lama blog ini tidak disentuh dengan karya- karya yang terbaru. Kepada pembaca- pembaca setia blog ini, saya hanya boleh meminta jutaan keampunan daripada anda semua.

Bukan tidak mahu update kerana tiada cerita. Cerita dan pengalaman saya, sememangnya berlaku setiap hari dan jumlah cerita tersebut memang banyak.

Sepanjang bulan Oktober, saya diasak dengan pelbagai assignment dan kini, semua warga UIAM sedang sibuk menjalani ujian akhir semester termasuklah saya.

Mentor saya sudah pun bising kerana saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemas kini blog ini. Minta maaf ye bang…

Malah, untuk menggunakan perkhidmatan Internet di universiti juga semakin susah. Pelajar tidak putus- putus datang memenuhi makmal komputer bagi menggunakan servis Internet.

Secara tidak langsung, situasi ini memberi sedikit halangan untuk saya mengemas kini blog ini. Bukan ingin memberi alasan, tetapi memberitahu apa yang sedang saya alami sekarang.

Memandangkan bulan baru sudah pun tiba, eloklah saya kembali ke dunia blogger. Di bulan yang baru, azam yang baru juga haruslah ditanam. Saya akan cuba sedaya- upaya mengemas kini blog ini selalu.

Kepada pembaca- pembaca setia blog ini, sekali lagi saya meminta maaf daripada anda kerana mengambil masa yang lama untuk meletakkan cerita baru di ruangan maya ini.

Harapan saya, semoga anda akan terus setia menjadi pembaca blog ini dan seronok membaca cerita daripada blog ini. Terima kasih, wassalam…
  

 
1 Komen

Posted by di November 1, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Sekapur Sirih

  1. nooralina

    November 7, 2007 at 5:16 am

    wah, akhirnya ko update jgk eh..
    how’s xm? dh abes blom?
    ops! lupa lak kita same yer..13 last ppr.
    jgn lewat plak g xm mcm editing hr tuh..hehe
    Good Luck ! =)

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: