RSS

“Tahu Saya Buat Apa?”

15 Nov

Lega… Akhirnya tamat jua peperiksaan. Peperiksaan yang bermula dari 29 Oktober hingga 13 November 2007, benar- benar membuatkan pelajar UIAM tidak senang duduk dibuatnya.

Rakan saya di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sedang menikmati cuti semester sejak hari pertama peperiksaan di UIAM. Kalau cuti bermula awal, sudah tentu beliau menghadapi peperiksaan lebih awal daripada saya.

Apabila tamatnya peperiksaan, maka cuti semester pun bermula.

Ada rakan yang sudah pulang ke kampung, ada yang tinggal sementara di dalam hostel kerana menghadiri kursus, ada yang tinggal di  dalam hostel kerana menjadi ahli jawankuasa bagi sesebuah program dan ada juga pelajar yang menetap di dalam kolej kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Sesudah bermulanya percutian, masing- masing mempunyai rancangan tersendiri, setiap orang ada aktiviti yang ingin mereka lakukan pada waktu cuti ini.

Saya menerima e- mel daripada seorang rakan, beliau sekadar bertanya khabar dan bertanya apa aktiviti yang ingin saya lakukan ketika cuti ini.

Apabila saya senaraikan kesemua aktiviti tersebut, tidaklah banyak seperti yang disangkakan. Cuma, aktiviti- aktiviti ini mampu mengisi masa saya yang terluang.

Antaranya bekerja di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO), boleh tahan juga program yang saya perlu hadiri semasa musim cuti ini. Alhamdulilah, rezeki bertambah.

Malah, saya sudah berjanji dengan “Rizman” untuk membawa beliau berjalan- jalan di sekitar ibu kota dan di Selangor. Tujuan utama adalah untuk membuat beliau menghafal jalan. Kalau pandai memandu tetapi tidak tahu arah yang ingin dituju, tidak guna juga.

Buat kelas tuisyen? Hmmm… Memandangkan musim sekolah pun sudah hampir tiba, secara tidak langsung pelajar- pelajar saya akan berasa malas untuk menghadiri kelas. Ditambah pula dengan mengajar mereka pelajaran yang sudah mereka pelajari dulu, bertambah malaslah mereka ini.

Kadang- kadang kalau saya bernasib baik, mungkin abang- abang driver di PRO akan memanggil saya untuk menemani mereka pergi ke kampus UIAM di Kuantan. Alangkah indahnya kalau dapat melawat negeri orang lagi…

Kalau ada masa, saya ingin pergi ke Cherating. Perjalanan dari Kuantan ke Cherating tidaklah jauh mana, harap –harap dapat pergi ke sana lagi.

Apa lagi yang saya boleh lakukan? Bermain permainan komputer? Komputer riba dan komputer di rumah, habis didominasi adik- adik. Kalau saya hendak menaip, terpaksalah halau mereka dari komputer riba saya.

Minta maaf ye adik- adik sekalian…

Buku- buku yang saya pernah beli dahulu, kalau boleh saya ingin membaca kesemuanya. Apalah gunanya membeli buku banyak- banyak tetapi tidak habis dibaca? Kalau begitu, buat membazir duit sahaja.

Cuti selama hampir tiga minggu ini, mungkin saya ingin melakukan tinjauan di dalam setor PRO. Untuk apa? Mencari surat khabar lama, mencari kadar statistik yang ada. Lagi banyak statistik yang saya boleh dapat, lagi bagus.

Saya rasa itulah aktiviti- aktiviti yang ingin saya lakukan semasa percutian ini. Kepada saudara yang sedang bercuti sekarang ini, apa aktiviti saudara? Asalkan aktiviti tersebut bermanfaat dan tidak membuang masa, lakukanlah.

 
2 Komen

Posted by di November 15, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to ““Tahu Saya Buat Apa?”

  1. marahman

    November 15, 2007 at 1:52 am

    Menyeronokkan apabila melihat senarai aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang cuti kan.. memang mudah untuk membuat senarai, cuma masalahnya apabila hendak melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut…ni pun berdasarkan pengalaman jugak..:)

     
  2. MR

    November 16, 2007 at 7:28 am

    wah, byknye aktiviti nak buat… bestnye.. mcm sy ada program 3p sepanjang cuti ni.. takde cuti langsung.. huhu.. sedih..😦

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: