RSS

Gajah Lawan Gajah, Kancil Mati Di Tengah- Tengah

15 Nov

Semalam, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dikeluarkan kepada 511,519 calon di seluruh negara.

Kepada adik- adik yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan.

Kepada sesiapa yang mendapat keputusan memuaskan, jangan bersedih. Banyak lagi ujian menanti di masa hadapan. Gagal di dalam ujian, tidak beerti saudara sudah gagal di dalam kehidupan.

Adik saya yang keempat adalah salah seorang calon daripada jumlah yang besar ini.

Mesti saudara tertanya- tanya apakah keputusan UPSR beliau, cemerlang, gagal atau sekadar cukup makan? Biarlah saya berterus- terang.

Beliau mendapat 2 A bagi subjek Bahasa Malaysia (Pemahaman dan Penulisan) dan bagi B bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan  Matematik.

Sehari sebelum keputusan UPSR dikeluarkan, ibu berpesan kepada kami berempat, “Kalau Aqil dapat result, senyap sahaja. Jangan cakap apa- apa.” Saya faham apa yang ibu maksudkan.

Ada pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran, maka pelajar ini menjadi rebutan dan sebutan di mana- mana.

Ada pelajar yang mencapai tahap memuaskan, mereka ini kuat berdikari untuk memuaskan hati pelbagai pihak.

Ada juga pelajar yang gagal di dalam pelajaran. Apa habuan yang mereka dapat?

Mungkin dimarahi ibu bapa, dipandang rendah oleh saudara- mara dan hendak memberitahu keputusan kepada orang lain pun malu.

Melihat semua “hukuman psikologi”  ini, saya merasa seolah- olah sudah tiada peluang kedua bagi si gagal untuk bangkit semula membuktikan beliau berguna kepada semua.

Seeloknya, mereka ini yang patut diberi perhatian lebih sedikit, takut tertinggal lebih jauh di belakang.

Kalau orang lain tidak memberi sokongan, ibu bapa berperanan penting untuk mengubah masa depan anak mereka ke arah yang lebih baik.

Kalau anak tidak cemerlang, jangan dimarahi beliau. Menegur sudah memadai, beri bantuan untuk beliau “bangun” kembali.

Ada ibu bapa yang sibuk menghantar anak mereka ke tuisyen sana sini, kem- kem motivasi pada hujung minggu semata- mata untuk melihat anak mereka lulus dengan cemerlang.

Persoalannya di sini, adakah anak- anak tersebut pergi ke pusat tuisyen dan kem- kem motivasi secara sekarela atau paksa diri? Kalau tidak pergi, kena berleter dengan emak. Kalau ponteng, kena rotan dengan ayah.

Daripada kes di atas, saya nampak si anak menerima tekanan daripada ibu bapa mereka sendiri.

Sesetengah ibu bapa zaman sekarang, mereka begitu obses untuk melihat lambakan gred A di dalam kad rekod kemajuan anak mereka.

Sehinggakan ada ibu bapa yang berlumba- lumba dengan ibu bapa yang lain untuk melihat anak siapakah yang paling pandai, paling hebat di dalam segala- galanya.

Terus- terang saya katakan, situasi sebegini hanya mendatangkan tekanan kepada si anak. Teringat sebuah kata- kata, “Gajah lawan gajah, kancil mati di tengah- tengah.”

Seandainya si anak tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, pergilah kepada beliau. Berikan motivasi, nasihat untuk beliau berusaha lebih gigih.

Kalau hendak menghukum, berilah hukuman yang bertujuan untuk mendidik. Bukan hukuman yang bertujuan untuk memalukan atau melepaskan geram kepada si anak.

 
1 Komen

Posted by di November 15, 2007 in Coretan Pelajar

 

One response to “Gajah Lawan Gajah, Kancil Mati Di Tengah- Tengah

  1. marahman

    November 17, 2007 at 2:56 am

    kelemahan ibu bapa apabila mereka tidak melihat dari segi bakat, kecenderungan anak. dari satu sudut, tidak menjadi masalah ibubapa nakkan anak mereka menjadi yang terbaik . tetapi, apabila ibubapa telalu menekan anak yang tidak sealiran dengan mereka, maka terjadilah perkara2 yang tidak diinginkan..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: