RSS

Kebalnya Kanak- Kanak Zaman Sekarang

19 Nov

Prestasi seorang pelajar di taska ibu tiba- tiba jatuh merudum. Dahulu, beliau merupakan salah seorang pelajar yang memperolehi markah cemerlang di dalam ujian. Apa sudah jadi dengan kanak- kanak ini?

Adakah disebabkan kurangnya didikan daripada ibu bapa beliau, guru- guru di taska ibu saya tidak mengajar dengan betul atau ada faktor lain yang menyumbang kearah permasalahan ini? Wallahuallam.

Dahulunya, ibu kepada kanak- kanak ini tidak sudah- sudah memuji taska ibu saya kerana berjaya mendidik anak beliau.

Daripada tidak kenal huruf di usia empat tahun, pada usia kanak- kanak ini mencecah lima tahun, beliau sudah kenal nombor, huruf dan pandai membaca.

Mungkin kerana kejatuhan si anak, si ibu terus menemui ibu saya dan berkata beliau ingin memindahkan anak beliau ke pusat didikan yang lain tahun hadapan.

Hai, dulu puji melambung- lambung. Disebabkan prestasi anak jatuh, sudah ingin hantar ke tempat lain?

Tidakkah si ibu berbincang dahulu dengan orang yang bertanggungjawab mengenai prestasi si anak? Saya tanya ibu, beliau hanya menjawab, “Tak pernah pun, Aliff.”

Tindakan si ibu yang ingin menghantar si anak ke tempat lain kerana prestasi jatuh tanpa perbincangan, membuatkan saya terfikir kanak- kanak zaman sekarang ini “kebal”, “invulnerable”.

Cikgu sahaja yang salah, ibu, ayah dan anak- anak sentiasa betul. Tidak keterlaluan jika saya katakana kanak- kanak zaman sekarang terlebih dimanjakan. Dimanjakan sehingga menjadi rosak.

Adakah kita bakal dipimpin oleh pemimpin yang rosak, yang terlalu dimanjakan? Minta maaf, saya tidak mempunyai jawapan tersebut.

Di taska ibu saya, ada beberapa orang kanak- kanak yang bukan sahaja menerima pendidikan awal daripada taska ibu, tetapi dihantar ke beberapa buah pusat didikan kanak- kanak yang lain.

Bukan calang- calang pusat didikan yang dihantar, antaranya Smart Readers, CEC, Q- Deez dan Cosmotots Institute.

Hasil setelah dihantar ke pusat didikan yang berjenama ini? Hanya tahu kenal nombor, huruf dan menulis nama sendiri sahaja. Sampai di taska ibu, berulah kanak- kanak ini pandai membaca, menulis, mengira dan menghafal beberapa potong ayat lazim daripada Al- Quran.

Secara jujurnya, saya bukan ingin mempromosikan taska ibu saya. Tetapi saya nampak ibu bapa zaman sekarang ingin menghantar anak mereka ke pusat pendidikan yang mempunyai “jenama”.

Isu harga yang mahal, tidak menjadi masalah besar. Asalkan ada nama, mereka yakin anak mereka mampu mendapat keputusan yang cemerlang.

Soal budak itu memahami apa yang dipelajari di sekolah, itu tanggungjawab pihak sekolah. Saya harap hanya segelintir ibu bapa sahaja yang bersikap sebegini.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 19, 2007 in Diari PDAJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: