RSS

Kitaran Penghargaan dan Karya

19 Nov

Baru- baru ini, saya menerima SMS daripada seorang teman yang saya kenal sejak tiga tahun yang lalu.

Di dalam SMS tersebut, beliau berkata, “Pagi tadi, I almost khatam baca your blog. Sikit lagi, habislah :)” Wanita ini menghantar SMS di pagi 10 November 2007. 

Di dalam bilik, saya melonjak sendirian. Melompat dengan penuh kegirangan. Kenapa saya gembira?

Jutaan blog di dunia, ribuan blog dicipta setiap hari, rakan saya ini sanggup menghabiskan masa beliau untuk membaca keseluruhan cerita yang berada di dalam blog ini.

Sewaktu saya mengenali beliau, teman saya ini sedang sibuk menyiapkan diri untuk menduduki ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan saya pula baru sahaja tiba di bumi matrikulasi UIAM.

Tidak sangka, perkenalan kami sudah menginjak ke usia 3 tahun lamanya. Kerana sudah kenal agak lama, apa- apa perkembangan terkini yang berlaku di antara kami berdua, kami kongsikan.

Masa bergerak begitu pantas. Kini, saya baru sahaja menjadi seorang pelajar tahun ketiga di UIAM dan beliau sedang belajar di pusat matrikulasi di Negeri Sembilan.

Wanita ini mengetahui akan kewujudan blog saya. Oleh kerana beliau aktif di dalam gerak kerja kurikulum dan ko- kurikulum, hanya sedikit masa sahaja yang beliau dapat luangkan untuk menjelajah blog saya.

Kesimpulan yang saya dapat ialah, biarpun seseorang itu sibuk, tiada masa untuk membaca, semua ini boleh diatasi sekiranya beliau meminati apa yang beliau baca.

Rakan baik saudara tidak akan membaca keseluruhan penulisan saudara seandainya penulisan saudara tidak mampu memberikan kepuasan kepada beliau.

Antara saya dan wanita tadi, kami hanya kawan biasa. Bukan teman tapi , bukan juga pasangan bercinta mahupun kawan baik, tetapi kami hanya rakan biasa.

Bukan mudah untuk mencari seseorang membaca keseluruhan karya yang dihasilkan. Amat payah.

Kepada wanita yang saya maksudkan, terima kasih sangat- sangat saya ucapkan. Kepada pembaca yang lain juga, terima kasih.

Kepada rakan penulis dan blogger sekalian, nampaknya kita menggalas bebanan yang berat sekali untuk membuat pembaca kita terus- menerus mengikuti cerita yang kita hasilkan. 

Dalam erti kata lain, penghargaan daripada pembaca hanya terserlah apabila seseorang penulis menghasilkan sesebuah karya yang mencapai tahap kepuasan pembacaan beliau.

Teguran, kritikan serta komen mampu berkembang menjadi sebuah penghargaan seandainya kita melihat ia sebagai satu platform untuk kita bangkit berubah menjadi lebih baik daripada hari ini.

 
2 Komen

Posted by di November 19, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Kitaran Penghargaan dan Karya

  1. :)

    November 20, 2007 at 4:58 am

    Teguran, kritikan serta komen mampu berkembang menjadi sebuah penghargaan seandainya kita melihat ia sebagai satu platform untuk kita bangkit berubah menjadi lebih baik daripada hari ini.

    hmmm

     
  2. Valdemaras Saudirba

    November 21, 2007 at 8:15 pm

    Guess what? Your blog is amazing! I can’t remember when was the last time i’ve overcome such a good blog that almost all articles/posts were interesting and wouldn’t regret spending my time reading it. I hope you will keep up the great work you are doing here and i can enjoy my everyday read at your blog.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: