RSS

Di Sebalik Hukuman Darurat

22 Nov

Minggu lepas, adik saya yang keempat dan kelima, Aqil dan Aqmal dikuarantin selama tiga hari oleh ibu daripada menyentuh keyboard untuk bermain permainan komputer.

Selama tiga hari ini, ibu mengisytiharkan darurat kepada mereka berdua.

Saya sangkakan hanya Pervez Musharraf sahaja yang mengisytiharkan darurat di Pakistan. Ibu juga mengambil langkah yang sama untuk diaplikasikan di rumah.

Sudah tentu saudara bertanya atas dasar apakah ibu mengambil langkah drastik sebegitu. Semuanya bermula apabila Aqmal dan Aqil tidak mahu mengalah di dalam permainan komputer.

Apabila Aqil sedang bermain, Aqmal akan mengganggu konsentrasi Aqil. Caranya? Sengaja menutup monitor, sengaja menjatuhkan barang di hadapan skrin, membuat bising dan pelbagai onar lagi yang mereka lakukan.

Kedua- dua mereka menjerit, memukul antara satu sama lain. Perbuatan mereka mengundang kemarahan si ibu, lantas hukuman terus dilaksanakan serta- merta.

Saya melihat hukuman ibu lebih kepada mendidik supaya mereka berdua tidak melakukan kesalahan yang sama lain kali.

Daripada situasi darurat ini juga, saya nampak betapa hebatnya cengkaman permainan komputer ke atas anak muda zaman kini. Permainan komputer seolah- olah mempunyai magnet yang membuatkan si pemain terus ketagih untuk bermainnya.

Saya juga ketagih bermain sehinggakan banyak kerja yang tidak dapat disiapkan. Teman rapat saya juga boleh dikatakan seorang yang ketagih untuk bermain permainan komputer.

Siapa lagi yang ketagihan untuk bermain game? Saya lihat ibu bapa yang menahan anak mereka daripada bermain game kerana tidak ingin prestasi pelajaran anak mereka jatuh, mampu menjadikan si anak bermain tanpa pengetahuan ibu bapa.

Saya dulu main game secara curi- curi, akhirnya diketahui  ibu. Kena bebel dan terima hukuman sahajalah. Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Pendapat saya, elok diletakkan batasan yang telah dipersetujui antara anak dan ibu bapa. Membuat pakatan supaya kedua- dua belah pihak mencapai persetujuan, mewujudkan win win situation.

Sebagai contoh, si anak boleh bermain game selama sejam sehari setelah membuat ulang kaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja sekolah.

Pemantauan daripada ibu bapa penting supaya si anak tidak menyalah gunakan peluang yang telah diberikan.

Memberikan mereka peluang untuk bermain permainan komputer di rumah, lebih baik jika dibandingkan mereka bermain game di kafe siber tanpa pengetahuan ibu bapa.

Ketagihan kepada game, masih boleh dibendung. Ketagihan kepada dadah dan rokok, ia haruslah dirawat secepat mungkin agar ia tidak menjadi parah.  

 
2 Komen

Posted by di November 22, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Di Sebalik Hukuman Darurat

  1. zuriaf

    November 22, 2007 at 7:30 am

    heh..aku tak suka diganggu kalau sedang bermain game….

     
  2. Affuan

    November 22, 2007 at 8:06 am

    Aku pon. Hehe.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: