RSS

Penjagaan Kereta: Mana yang Terbaik?

22 Nov

Untuk pertama kali dalam hidup, saya menaip dari pusat servis kereta. Biasanya saya akan menaip dari rumah atau di bilik asrama. Hari ini, ibu memberikan saya tanggungjawab baru.

Saya kena menghantar kereta ibu ke Pusat Servis dan Baiki UMW Toyota yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Datang ke sini menghantar kereta untuk dibaiki. Pertama, membaiki lampu kereta yang pecah akibat ibu melanggar lori ayah saudara saya. Kemalangan kecil itu berlaku pada hari 17 November 2007 sewaktu ibu sedang mengeluarkan kereta dari garaj.

Membaiki lampu berharga RM390 manakala caj servis pula bernilai RM50. Walaupun hanya pecah sedikit sahaja, keseluruhan komponen terpaksa diganti. Jumlah harga keseluruhan ialah RM440.  

Kedua, untuk menghilangkan bunyi “tak”, “tak”, “tak”. Sudah dua kali kereta ibu dihantar ke sini, masalah yang sama tetap berlaku. Bunyi pelik ini berlaku ketika kereta sedang membelok kanan.

Nasib baik kereta ini ada lima hari sahaja lagi ia berada di bawah jaminan Toyota, maka tiada bayaran yang dikenakan untuk masalah kedua ini.

Kalau diberi pilihan untuk saudara membaiki kereta di bengkel biasa atau pusat servis kenderaan, yang mana satu menjadi pilihan?

Seandainya saudara menghantar kenderaan ke bengkel biasa, saudara tidak perlu menunggu lama. Bayaran yang dikenakan biasanya bergantung kepada masalah yang dihadapi.

Kalau di pusat servis kereta, saudara terpaksa menunggu lama kerana banyak kereta lain yang perlu dibaiki. Walau kerosakan kecil sekalipun, kalau belum sampai giliran saudara, tunggu sahajalah.

 Seorang mekanik yang bekerja di pusat servis ini memberitahu setiap hari tidak kurang 150 kenderaan dihantar untuk dibaiki atau untuk diservis. 

Daripada aspek bayaran pula, harga biasanya mahal sedikit daripada harga di bengkel biasa. 

Setiap satu mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Kalau di pusat servis kenderaan yang telah dicadangkan oleh wakil penjual kereta, mereka tidak berani menokok tambah kerosakan yang ada di kenderaan.

Berlainan pula ceritanya kalau saudara menghantar kereta ke bengkel biasa. Ada sesetengah workshop kenderaan yang sengaja mereka- reka cerita kononnya kenderaan kita terlalu bermasalah.

Memandangkan kereta ini milik ibu saya, maka ibu memilih untuk menghantar ke pusat servis kereta yang telah dicadangkan oleh UMW Toyota.

Pilihan di tangan saudara. Saya yakin saudara seorang pengguna yang bijak. Pandai menilai yang terbaik untuk kenderaan saudara.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di November 22, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: