RSS

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

27 Nov

Agaknya perempuan zaman sekarang, yang seusia dengan saya, kalau hendak mencari teman lelaki… Ciri- ciri apakah yang mereka inginkan? Kriteria apakah yang kaum lelaki harus ada supaya menjadi rebutan dari kalangan wanita?

Saya tanya soalan ini kepada ibu saudara yang berumur 36 tahun. Mengapa saya mengajukan soalan ini kepada orang yang lebih tua daripada saya?

Orang yang lebih tua daripada kita, memiliki lebih ilmu dan lebih pengalaman, kematangan golongan ini lebih terserlah, secara tidak langsung pemikiran mereka agak berbeza dengan golongan muda seperti saya.

Ibu saudara berkata kalau beliau berumur 21 tahun, beliau hendak lelaki yang kacak, tinggi, mengambil berat, selalu menghabiskan duit untuk beliau, selalu menelefon dan rajin menghantar SMS untuk berbicara.

Beliau menambah soalan berbentuk jangka masa panjang seperti mampukah lelaki tersebut membahagiakan beliau di masa depan kelak, adakah dia seorang yang bertanggungjawab, tidak pernah pula beliau fikirkan.

Mungkin sesetengah perempuan yang seusia saya sahaja berfikiran sebegitu. Mungkin juga saudara tertanya mengapa saya berminat untuk mengutarakan isu sebegini.

Sebenarnya, saya berasa kasihan dengan nasib yang menimpa rakan saya, Abe (bukan nama sebenar) minggu lepas. Nasib malang menimpa beliau disebabkan seorang wanita, Irni (bukan nama sebenar).

Kalau saudara sudah menyayangi seseorang, saudara sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang. Itulah yang terjadi kepada rakan saya ini. Masuk kali ini entah kali ke berapa Abe dirundung masalah dengan kaum Hawa.

Rakan saya ini bukan jenis yang jual mahal, seorang yang ramah- tamah dan mempunyai ramai rakan. Hendak dipendekkan cerita, beliau berkenalan dengan Irni dan wanita tersebut telah memikat hati beliau.

Maka, boleh dikatakan beliau menyempurnakan hampir semua permintaan wanita tersebut. Kalau sudah suka, biasalah perkara sebegini terjadi.

Sedang beliau mengatur strategi untuk memikat hati perempuan itu, beliau berkata belaiu tidak kisah seandainya mereka ditakdirkan bercinta suatu hari nanti. Dan inilah kata- kata yang dibalas oleh Irni, “I do not mind if we don’t couple.”

Singkat, namun tersirat pelbagai makna yang pedih untuk rakan saya ini telan. Saiz badan Abe yang besar, mungkin menjadi salah satu faktor mengapa Irni menolak cinta Abe.

Pada pendapat saya, tidak semua wanita menginginkan lelaki yang kacak, gagah dan tinggi menjadi teman hidup beliau. Ibu saya mengahwini arwah ayah, seorang yang pendek dan berbadan besar.

Seandainya Abe membaca artikel ini, bersabarlah. Bunga bukan sekuntum. Mungkin si dia bukan jodoh saudara atau mungkin belum tiba masanya untuk saudara memiliki seorang teman.
  

 
2 Komen

Posted by di November 27, 2007 in Cerita Teman

 

2 responses to “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

  1. zuriaf

    November 28, 2007 at 8:36 am

    Oh, kesian pulak aku dengar kisah kawan kau tu..

     
  2. aliman

    November 28, 2007 at 1:23 pm

    yer yer takpa muda lagi

     

Tinggalkan komen