RSS

Amaran Kepada Orang Atasan!

28 Nov

Kadang- kadang, saya rasa bangga sangat kerana pada usia 20 tahun saya sudah pun bergelar staf UIAM. Adakalanya, saya rasa seolah- olah terpinggir daripada semua orang. Maklumlah, hanya saya seorang sahaja pelajar di kalangan pegawai dan staf UIAM.

Selama hampir setahun ini, saya bekerja di bawah Puan Shahrizad Sa- Idul Haj. Seorang bos dan ketua yang selalu sibuk. Ditugaskan untuk menjaga hubungan dengan pihak media dan ketua protokol di dalam sebuah program, beliau memang seorang yang sibuk.   

Sibuk macam mana sekalipun, alhamdulilah, sehingga kini beliau tidak pernah melupakan orang bawahan seperti saya. Entah mengapa, saya sengaja membuat perbandingan antara beliau dengan seorang lagi ketua di pejabat saya.

Saya tidak bekerja di bawah ketua ini, Puan Ameenah (bukan nama sebenar). Walaupun Puan Ameenah bukan ketua saya, saya hormat beliau sepertimana saya hormat bos saya. Tetapi, manusia itu tidak akan terlepas daripada membuat salah.

Teringat lagi sewaktu mencari berita di dalam sebuah program. Di dalam program tersebut, bilangan wartawan yang hadir adalah 20 orang. Kami menjangkakan tidak lebih daripada 10 orang yang akan datang ke program tersebut.

Program apa? Program untuk menghebahkan kejayaan pensyarah- pensyarah UIAM di dalam memenangi suatu pertandingan yang diadakan di Jerman.

Disebabkan bilangan orang yang hadir adalah lebih daripada yang dijangkakan, maka berlaku sedikit kekurangan makanan. Sekiranya mereka tidak menjemput saya untuk duduk dan makan semeja dengan pihak media, saya tidak kisah.

Ketika saya sedang sibuk berbual dengan pengarah  bagi program tersebut, tiba- tiba Puan Ameenah menjengah masuk ke dalam pejabat si pengarah. Dengan nada memujuk, beliau mengajak si pengarah untuk makan bersamam.

Dengan nada lembut dan bibir mengukir senyuman seperti seorang model, beliau berkata, “Takpelah kalau awak tak nak makan, saya ada bungkuskan untuk awak.” Kemudian, beliau berlalu pergi.

Saya tidak kisah sekiranya tidak dapat makan semasa program tersebut. Yang hairan dan mengecewakan, Puan Ameenah hanya menjemput si pengarah padahal saya juga berada di dalam pejabat itu.

Saya bertanya sendirian, mengapa Puan Ameenah tidak menjemput saya untuk turut makan bersama? Tidak cukup makanan? Sebab saya ini pekerja separuh masa? Sekadar ajak, itu sudah cukup untuk memuaskan hati saya.

Sikap yang sebegitu, menunjukkan Puan Ameenah sengaja hendak menunjuk- nunjuk kepada orang atasan bahawa beliau seorang yang baik. Kalau baik, jemputlah orang sepejabat untuk makan bersama.

Kalau di dalam pejabat, susah benar beliau hendak melemparkan senyuman kepada orang bawahan seperti saya. Kalau di dalam program, senyum memanjang. Bermuka- muka pun ada.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menarik perhatian orang atasan, tapi jangan pula dilupakan orang bawahan. Hendak buat baik, biarlah berpada- pada. Hari ini saudara di atas. Namun, ia adalah suatu jaminan pada bila- bila masa sahaja saudara akan berada di bawah. 

 

 

 

 
1 Komen

Posted by di November 28, 2007 in Dari Kamar Office

 

One response to “Amaran Kepada Orang Atasan!

  1. aliman

    November 30, 2007 at 10:34 am

    Never expect for something and be prepare for unexpected.

    Yalah, pengarah tu lebih penting dan berpengaruh, jadi jemput dia dululah. Atau dia mungkin lebih tua. Atau pun karipap ada dua je, satu untuk pengarah dan satu untuk puan ameenah, kalau dia ajak saudara, nanti saudara makan piring karipap…

    Nanti kalau dia cakap, “Maaf tak jemput karipap tinggal dua saja.”

    Nanti pengarah kata “Oh kebulur budak ni sampai kena beritahu…” berdengung-dengung bunyi dalam hati berkata sambil berjalan ke arah Puan Ameenah.

    Kenapa Puan Ameenah tidak senyum dalam pejabat, kerana penghawa dingin dalam pejabat mengeraskan otot-otot muka. Ketika bersama orang ramai, suhu naik, maka Puan Ameenah meregangkan otot otot muka yang beku dengan senyuman. Ha, kena sangka baik.

    Tak apa buku baru Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart akan berada di pasaran hahahah!

    http://www.zamrimohamad.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: