RSS

Monthly Archives: Disember 2007

Dilema Berpersatuan dan Tips Mengatasinya

Baru- baru ini, saya menerima pelawaan beberapa orang rakan untuk menghadiri AGM (Annual general Meeting) persatuan mereka.

Daripada tiga buah AGM yang diadakan, ada sebuah AGM yang benar- benar menarik hati saya. Menarik hati saya untuk sama- sama kita renungkan.  

Seelok- eloknya, sesebuah persatuan menyimpan orang lama. Apabila golongan baru mula terpesong daripada visi dan misi sesebuah persatuan, orang lama boleh menegur dan memberi tunjuk ajar.

AGM di dalam persatuan ini menampilkan muka- muka baru sebagai barisan kepimpinan utama. Apa jadi pada orang lama? Kalau golongan baru ini tidak tahu melakukan sesuatu, ke mana mereka harus rujuk? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Coretan Pelajar

 

You are Such a PlayBoy!

“Oh my God! You are such a PLAYBOY (Ya Tuhanku! Engkau memang seorang playboy).” Tajam dan pedas, nasib baik kata- kata tersebut bukan ditujukan kepada saya.

Kasihan rakan saya yang terkena kata- kata tersebut. Agaknya, inilah akibat kalau bercinta terlalu awal dan kerap bertukar pasangan.

Kalau saudara bercinta, apakah azam yang saudara pasang bersama pasangan saudara? Sudah tentu, mengimpikan hubungan yang bahagia sehingga ke anak cucu.

Apa terjadi seandainya perhubungan saudara terhenti di pertengahan jalan? Kekal sebagai bujang, tanpa berteman sehingga bila- bila? Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Cerita Teman

 

Kempunan Untuk Belajar Memasak

Lama benar saya tidak turun ke dapur. Kali terakhir memasak lauk adalah pada tiga tahun yang lalu, itu pun masak kerana ingin mencuba.

Selepas meninggalkan bangku sekolah, pernah juga merasai pengalaman memasak. Semuanya bermula daripada sifa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Masih teringat peristiwa sewaktu ingin menyiapkan ikan bilis masak cili. Kalau diikutkan cara- cara menyediakannya, memang mudah.

Goreng dahulu ikan bilis tersebut sehingga kuning keemasan, kemudian ikan bilis yang siap digoreng akan dicampurkan dengan cili.

Maklumlah baru mula memasak lauk, perkara yang lucu pula timbul. Semasa saya menunggu ikan bilis masak kuning keemasan, saya terlupa untuk meletakkan api dalam keadaan sederhana sahaja.

Akibatnya, ikan bilis yang sepatutnya berwarna kuning keemasan bertukar menjadi hitam arang. Sepinggan penuh pula yang rentung, memang ibu mengamuk waktu tersebut. Akhirnya, beliau memasak untuk kami. Hehehe. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Kisah Hidup

 

Nilai Pertemuan Dengan Mama Juwie… Aw!!!

Tanggal 14 Disember 2007 menjadi detik- detik bersejarah di dalam hidup saya. Hendak tahu mengapa? Pada tarikh ini, saya tidak pernah menyangka saya akan bertemu dengan salah seorang penulis yang berpengaruh di dalam penulisan hiburan di tanah air.

Sudah bergelar penulis sejak tahun 70-an, kini bekas pengarang Majalah Mangga ini sedang menuju ke usia 54 tahun. Dari raut wajahnya, beliau tidak kelihatan seperti tergolong di dalam golongan warga emas. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Disember 24, 2007 in Dari Kamar Office

 

Bingkisan Cerita Kereta Pembiayaan Orang Lain

“Arkitek yang membina pelan UIAM dulu tidak pernah menyangka bahawa ramai pelajar- pelajar UIAM berasal daripada keluarga yang kaya- raya,” kata Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Rektor UIAM.

Kata- kata ini keluar daripada mulut beliau semasa memberi komen mengenai masalah tempat parking di UIAM.

Salah satu undang- undang adalah pelajar UIAM tahun ketiga dan keempat sahaja layak membawa kereta ke kampus ini. Arahan telah digubal, namun tidak semua mematuhinya.

Seorang jaga di UIAM berkata parking adalah sesuatu yang kritikal di universiti ini. Antara ahli akademik, staf  dan pelajar, ketiga- tiga pihak terpaksa berebut untuk memenuhi ruang tempat letak kereta yang terhad. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 24, 2007 in Coretan Pelajar

 

Debit dan Kredit Staf UIAM

Patah tumbuh, hilang berganti. Masih terngiang- ngiang lagi di telinga saya akan kata- kata Encik Abdul Rahim Ahmad, “Kehilangan seorang staf adalah satu kerugian yang besar kepada kita. Namun, kita kena berhijrah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menunggu kita.” 

Jumaat lepas, seorang staf di Pejabat Perhubungan Awam (PRO) telah diraikan di dalam satu majlis tertutup. Bukan majlis meraikan kejayaan, tetapi sebuah majlis perpisahan.

Encik Ismail Ahmad, bertugas sebagai pemandu PRO, menamatkan kerjaya setelah empat tahun berkhidmat di PRO. Kini, beliau meneruskan tugasan di Pusat Asasi Matrikulasi Petaling Jaya.

Seorang keluar, dua orang pula yang masuk. Seorang wanita, Halimah, 23 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari UIAM, kini bekerja separuh masa di PRO.

Seorang pemuda, Hanif Mohsein, juga 23 tahun, menuntut di Kuliyyah Undang- undang Ahmad Ibrahim, UIAM bekerja separuh masa di bawah bos saya.

Agaknya berapa lama mereka akan bekerja di sini? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 19, 2007 in Dari Kamar Office

 

Lain Rancang, Lain Jadi

Sudah lama saya tidak menurunkan tinta di blog ini. Hari ini berkesempatan untuk menulis, tulis sahajalah.

Entah apa yang telah memasuki ke dalam kepala Aliz (rakan saya), beliau mengatakan rupa saya ini menunjukkan saya seorang yang tidak membuat kerja di saat- saat terakhir.

Hendak tergelak sahaja bila mendengar kata- kata tersebut. Nampaknya beliau memerlukan masa lagi untuk mengenali siapa saya.

Sebuah assignment telah diberikan oleh pensyarah, menghendaki kami mencari artikel daripada jurnal yang terdapat di perpustakaan. Kalau cari artikel suratkhabar atau artikel daripada buku, tiada masalah.

Artikel daripada jurnal? Sesuatu yang amat asing untuk saya lakukan. Disebabkan kerja ini masih janggal bagi saya, saya mula bersikap menangguh kerja. Pada masa yang sama, saya menyiapkan kerja- kerja penting yang lain. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 18, 2007 in Coretan Pelajar