RSS

Rusuhan: Sejauh Mana Kesannya?

04 Dec

Sudah genap seminggu Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) membuat demonstrasi jalanan di hadapan Kedutaan British yang terletak di Jalan Ampang.

Demonstrasi yang tidak mendapat permit itu telah bertukar menjadi sebuah rusuhan apabila mereka bertindak melontar batu dan besi ke arah polis. Akibatnya, empat orang anggota polis cedera, di mana dua orang telah cedera parah.

Pada 10 November 2007, berlaku pula perhimpunan BERSIH di ibu negara yang menghimpunkan kira- kira 100, 000 orang dari seluruh negara. Perhimpunan ini juga tidak mendapat “lampu hijau” daripada kerajaan.

Persoalannya, sejauh mana kesannya rusuhan atau demonstrasi tersebut kepada kita? Setelah demonstrasi itu terjadi, apa berlaku kepada pentadbiran kerajaan? Adakah sesebuah pihak memenuhi tuntutan pihak penganjur demonstrasi ini?

Apakah akibatnya kepada ekonomi negara? Membantutkan atau lebih membawa rezeki yang melimpah- ruah?

Apakah reaksi pelancong asing yang datang ke negara kita, kemudian dihidangkan pula dengan aksi- aksi rusuhan ini? Mungkinkah imej negara kita tercalar?

Ambil negara Korea sebagai contoh. Kesatuan sekerja mereka amatlah kuat. Seandainya gaji yang mereka terima tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan kepada sesebuah syarikat, akan berlakulah demonstrasi jalanan di sana.

Demonstrasi, tetapi agak sukar untuk sampai ke tahap rusuhan. Ada, tapi tidak semua. Boleh dikatakan demonstrasi sering berlaku di negara ini.

Persoalan yang saya ingin ajukan, pernahkah kita mendengar ekonomi negara ini jatuh disebabkan selalu berlaku demonstrasi? Saya tidak fikir begitu.

Negara ini yang sememangnya tidak mempunyai bahan galian yang banyak seperti Malaysia, mampu bangkit menjadi salah sebuah gergasi di dalam ekonomi.

Contoh- contoh produk mereka yang telah ‘terbang’ ke seluruh pelusuk dunia; Hyundai dan Kia.

Pendapat saya, seandainya berlaku demonstrasi, dengarlah apa yang ingin mereka sampaikan. Dengari, fahami dan hayati permintaan mereka. Sekiranya apa yang mereka mahukan adalah suatu yang berada di luar batasan, lupakan sahaja permintaan mereka.

Kepada peserta demonstrasi, sampaikan mesej saudara dengan penuh berhati- hati. Jangan melampau dan jangan berlagak seperti samseng jalanan pula. Bertindaklah secara profesional.

Tidak semestinya sesuatu itu harus dipandang sebagai suatu yang buruk. Apabila kita melihat satu situasi, pandanglah ia daripada pelbagai sudut. Jangan tumpu kepada satu perspektif semata- mata.

Ada orang menganggap apa yang dilakukan oleh sesebuah pihak adalah tidak rasional dan tidak kena pada tempatnya. Selidik dan kaji dahulu, barulah simpulkan ia sama ada perkara tersebut adalah elok atau buruk.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 4, 2007 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: