RSS

Tip Untuk Penyewa dan Tuan Rumah

04 Dec

Baru- baru ini, saya telah menemani ibu pergi ke rumah sewa beliau yang terletak di Damansara Damai, Selangor Darul Ehsan. Pergi bukan untuk melawat dan menjenguk rumah tersebut, tetapi kami pergi untuk menghalau penyewa.

Penyewa ini sudah sembilan bulan tidak membayar sewa kepada ibu. Kalau ikut perjanjian semasa pembelian rumah, apabila penyewa tersebut sudah tidak membayar melebihi dua bulan, dia layak untuk dihalau.

Mengapa kalau tidak bayar dua bulan, dia boleh keluar dari rumah sewa? Itu bergantung kepada polisi rumah sewaktu saudara membelinya. 

Sewaktu penjualan rumah di Damansara Damai, tuan rumah hendaklah mengambil deposit sebanyak dua bulan daripada si penyewa. Dalam hal ibu, sudah sembilan bulan penyewa ini liat untuk membayar balik.

Baru sahaja kami ingin “menyerang” rumah tersebut, penyewa ini sudah pun membawa isteri dan tiga orang anaknya melarikan diri entah ke mana.

Sudahlah sewa selama sembilan bulan tidak mahu bayar, bik eletrik dan bil air juga tertunggak untuk beberapa bulan.

Keadaan rumah yang didiami oleh pekerja kontrak ini, benar- benar daif dan kotor. Bayangkan, hanya batang penyapu digunakan sebagai ganti untuk railing bagi menggantung langsir.

Saya meihat suasana sebegini, saya dapat jangkakan orang ini benar- benar miskin. Sudahlah menyewa sehingga sembilan bulan tidak bayar, salah sebuah lampu kalimantang pun dicurinya. Tiga buah cermin tingkap hilang.

Sudahlah hidup miskin, menyusahkan orang lagi, mencuri pula, harap- harap dia menerimalah balasan setimpal seperti perbuatannya.

Masalah penyewa sebegini, membuatkan saya teringat kepada ceramah yang pernah diberikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir, penulis buku “Hidup Kaya Walaupun Berhutang”.

Tuan Shamsuddin berkata, “Apabila kita membeli rumah lain untuk disewa, ia adalah satu bentuk pelaburan untuk jangka masa panjang. Kalau kita meninggal dunia, pewaris masih boleh menikmati duit sewa terseut.”

Namun, beliau mengingatkan agar semua berhati- hati dengan penyewa. “Macam- macam orang, macam- macam ragam. Seeloknya sebelum kita menyewakan sesebuah rumah tersebut, eloklah kita siasat latar belakang bakal penyewa kita.”

Macam kes penyewa ibu saya yang tidak mampu membayar RM250 sebulan untuk sebuah flat di Damansara Damai, merupakan salah satu cerita daripada beribu kisah tuan rumah tidak mengambil tahu tentang bakal penyewa mereka.

Tuan Shamsuddin sempat berkongsi tip, selepas kita menemui penyewa rumah, adalah amat digalakkan tuan rumah membuat perjanjian dengan bakal penyewa terbabit.

Segala undang- undang; daripada segi pembayaran sewa, bil air dan eletrik, keadaan rumah, maintenance, apa- apa sahaja yang berkaitan, senaraikan semua.

Daripada perjanjian ini, penyewa dapat memahami kehendak tuan rumah dan perjanjian ini mampu membawa kedua- dua belah pihak kearah perbincangan sekiranya salah seorang menghadapi masalah.

Malah daripada aspek pembelian rumah, saudara mestilah berhati- hati. Jangan kerana harga rumah tersebut terlalu murah, kita membelinya. Lihat tapak dan keadaan sekeliling rumah dahulu.

Sebagai contoh, rumah di Bukit Beruntung. Disebabkan kawasan itu jauh dan masih baru, tidak ramai orang menetap di sana. Dua orang ibu saudara saya kerugian besar kerana membeli rumah di sana. Penyewa mereka melarikan diri tanpa menjelaskan pembayaran.

Kalau boleh, elakkan membeli rumah berdekatan dengan sungai dan atas bukit. Rumah yang berdekatan dengan sungai lebih terdedah kepada ancaman banjir dan rumah di atas bukit pula menghadapi risiko tanah runtuh.  

Kesimpulannya, berhati- hati semasa membeli dan menjual. Pelbagai lagi tip berguna yang boleh dikongsi bersama, tapi cukuplah setakat ini. Kalau saya ceritakan semuanya, tiada pula orang yang ingin membeli buku bacaan mengenai rumah sewa.   

 

 

 

 
1 Komen

Posted by di Disember 4, 2007 in Kisah Hidup

 

One response to “Tip Untuk Penyewa dan Tuan Rumah

  1. Shamsuddin Kadir

    Februari 7, 2008 at 8:01 am

    Membeli rumah tidak boleh bergantung kepada namanya sahaja. Bukit Beruntung tetapi membuatkan ramai yang menangung hutang. Kota Tinggi tetapi ditengelami air ketika musim banjir. Nama sahaja tidak membantu kita dalam memilih lokasi yang sesuai untuk perlaburan dalam rumah.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: