RSS

Aisha… Oh Aisha…

06 Dis

Bermulanya semester baru, maka bermulalah pengembaraan pembelajaran saya menemui para pensyarah yang baru.

Daripada tujuh mata pelajaran, hanya seorang pensyarah sahaja yang pernah mengajar saya dulu. Baki lagi enam subjek, semuanya adalah pensyarah yang baru.

Rasa gementar pun ada. Maklumlah, menemui pensyarah yang baru bererti saudara perlu berguru dengan orang yang baru.

Secara tidak langsung, saudara perlu memahami kehendak serta peraturan yang digariskan oleh pensyarah yang baru.

Antara tujuh orang pensyarah yang mengajar saya pada semester ini, ada seorang pensyarah menarik perhatian saya.

Siapakah dia? Apa yang menyebabkan saya tertarik dengan pensyarah ini?

Pertama kali saya berjumpa dengan pensyarah ini di dewan peperiksaan, saya tidak pernah menyangka bahawa beliau seorang pensyarah di UIAM.

Dengan raut muka yang muda dan fizikal yang sihat, saya benar- benar sangkakan beliau hanya peronda di dalam dewan peperiksaan. Bercakap dengan pensyarah ini, terasa seperti bercakap dengan rakan sekelas pula.

Umur pensyarah muda ini hanya tua setahun daripada mentor saya. Seorang yang petah dan laju berbicara, kalau tidak fokus di dalam kelas beliau memang tertinggal jauh.

Berasal dari Kelantan, tapi tidak fasih di dalam loghat negeri Kelantan. Namun seorang yang pandai berbahasa Indonesia. Rasa teringin nak belajar bahasa Indonesia daripada pensyarah ini.

Semasa saya menghadiri kelas pertama beliau, beliau bertanya kepada kelas, “Apa yang anda mahukan daripada saya? Menjadi seorang pensyarah, menjadi seorang kawan?”

Kalau diikutkan hati, saya hendak berdiri dan berkata, “Saya tidak mahu Puan mengajar kami seperti perasan sendiri.”

Namun saya tidak berbuat demikian kerana kenyataan yang saya keluarkan biasanya berpotensi besar untuk membuat seorang pensyarah terasa hati dengan kata- kata tersebut.

Pensyarah makan hati, pelajarlah yang akan menerima akibatnya.
 
Seandainya beliau membaca entri ini, saya harap beliau dapat menjadi seorang teman dan rakan kepada kami semua.

Boleh dikatakan kebanyakan pensyarah menulis buku sendiri, tetapi tidak semua pelajar sanggup membaca hasil tulisan mereka. Mengapa fenomena ini berlaku? Ia terjadi kerana golongan cendekiawan ini menulis secara syok sendiri.

Mesej daripada penulisan mereka hanya dapat sampai kepada golongan seperti mereka sahaja. Menulis seperti seorang ahli pemikir, tapi memaksa pelajar membeli buku mereka?

Persoalannya, mampukah pelajar memahami apa yang ingin mereka sampaikan? Ada juga pensyarah yang menulis semata- mata untuk menarik hati orang atasan.

Kepada pensyarah muda ini, saya harap beliau tidak menjadi seorang pensyarah yang syok sendiri.

Semoga beliau mengajar dengan penuh tanggungjawab dan memikirkan apa yang pelajar beliau mahukan.

Sebuah kelas yang interaktif tidak akan menjadi sekiranya satu pihak sahaja bekerja ke arah matlamat ini.   
      

 
7 Komen

Posted by di Disember 6, 2007 in Coretan Pelajar

 

7 responses to “Aisha… Oh Aisha…

  1. Miss Aisha

    Disember 6, 2007 at 12:25 pm

    Well Aliff… I haven’t written any books yet and I probably won’t for quite some time! Anyhow, I always try to do my job the best I can. Sure I try to understand student’s needs most of the time: learning to me has to be interactive, fun and beneficial for both parties. And I definitely try not to be ‘syok sendiri’. He he he. But I hope as students all of you guys also stay focused and play your roles…. and make the class as interactive as possible too! P.S.: This is a good blog! I will visit often. 😉

     
  2. zamrimohamad

    Disember 7, 2007 at 10:02 am

    Miss Aisha said “I will visit often”
    The real meaning “I will observe you from time to time.”

    Watch out!
    Hahhaahah

     
  3. writerdruid

    Disember 8, 2007 at 3:49 am

    Hek eleh, think positive. It does not mean necessari she will observe me a lot of time 😛

     
  4. Miss Aisha

    Disember 8, 2007 at 8:52 am

    It means, you better not be blogging anything negative about me! i.e. “pensyarah makan hati, pelajarlah yang menerima akibat” ha ha ha ha. 😛 Zamri saje ja nak buat aliff cuak!

     
  5. nurulizz

    Disember 19, 2007 at 3:01 pm

    p/s: miss aisha, i love you!!!!! i promise not to ponteng for ur class! alif, haha jumpe lagik kite ye..

     
  6. studiomuslim

    Disember 26, 2007 at 8:22 am

    Ada orang report ni sampai miss pun singgah. Hehe.

     
  7. Miss Aisha

    Disember 27, 2007 at 6:57 am

    Err… takde orang report. Aliff sendiri yang kasitau. :-p

     

Tinggalkan Jawapan kepada Miss Aisha Batal balasan