RSS

Harapan, Azam dan Cita- cita Semester Baru

06 Dec

Ah, baru sahaja bercuti dua minggu semua pelajar UIAM sudah dipanggil untuk belajar semula. Rasa malas masih lagi melekat di dalam diri ini.

Kalau bukan sebab untuk menimba ilmu baru, jangan harap saya akan datang ke kelas.

Alhamdulilah, sehingga kini saya masih belum mengulangi apa- apa subjek di dalam Pengajian Komunikasi Media.

Bermula 3 Disember 2007 sewaktu sedang berlari ke kelas, saya sudah menjadi seorang pelajar tahun ketiga. Rasa semuanya berlalu begitu pantas.

Semua rakan- rakan yang terpisah selama dua minggu, kini bersua kembali. Semester yang baru, muka yang lama dan ada menemui rakan- rakan sekelas yang baru.

Pensyarah pula bagaimana? Ada pensyarah yang pernah mengajar saya sebelum ini, mengajar sekali lagi untuk semester baru ini. Bukan untuk subjek yang saya pernah ambil dulu, tetapi untuk subjek yang baru.

Untuk semester kedua sesi 2007/ 2008, saya mengambil tujuh kelas bersamaan dengan 18.5 jam kredit. Saya tidak pernah mengambil kelas sebanyak ini selama saya bergelar pelajar UIAM.

Rasa seperti menjerut leher sendiri ke tali gantung pun ada. Masih lagi bekerja separuh masa di Pejabat Perhubungan Awam UIAM dan menjadi tutor kepada adik- adik setiap hujung minggu.

Bahang kesibukan sudah mula terasa walaupun saya baru sahaja melangkah ke kelas pada minggu ini. Kena pandai menjaga masa. Silap dalam percaturan pembahagian masa, masalah lain akan timbul.

Daripada masalah kecil, berkembang dan membiak menjadi semakin besar dan tidak terkawal. Mentor saya mengatakan masalah sebegini dikenali sebagai Butterfly Concept.

Sekiranya saya tidak mengambil kelas sepadat ini, alamatnya saya mungkin menambah semester di universiti Islam ini. Kalau menambah semester untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan, tidak mengapa juga.

Kalau menambah semester semata- mata untuk menghabiskan pengajian ijazah, minta maaflah. Saya tidak ingin merasai pengalaman sebegitu.

Azam saya untuk semester yang baru? Harap- harap saya mampu memberikan kualiti terbaik kepada setiap pihak; kepada keluarga, pensyarah, bos- bos, teman sepejabat dan rakan sekelas.

Bukan mudah untuk mengotakan sesuatu seperti apa yang telah kita ungkapkan. Walaupun kita tidak berjanji, ada orang berpegang kepada apa yang kita katakan. Lembu dipegang pada ekornya, manusia dipegang pada janjinya.

Semoga saya tidak menimbulkan masalah kepada sesiapa dan dipermudahkan segalanya untuk saya, itulah harapan saya untuk setiap semester.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 6, 2007 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: