RSS

Lain Rancang, Lain Jadi

18 Dec

Sudah lama saya tidak menurunkan tinta di blog ini. Hari ini berkesempatan untuk menulis, tulis sahajalah.

Entah apa yang telah memasuki ke dalam kepala Aliz (rakan saya), beliau mengatakan rupa saya ini menunjukkan saya seorang yang tidak membuat kerja di saat- saat terakhir.

Hendak tergelak sahaja bila mendengar kata- kata tersebut. Nampaknya beliau memerlukan masa lagi untuk mengenali siapa saya.

Sebuah assignment telah diberikan oleh pensyarah, menghendaki kami mencari artikel daripada jurnal yang terdapat di perpustakaan. Kalau cari artikel suratkhabar atau artikel daripada buku, tiada masalah.

Artikel daripada jurnal? Sesuatu yang amat asing untuk saya lakukan. Disebabkan kerja ini masih janggal bagi saya, saya mula bersikap menangguh kerja. Pada masa yang sama, saya menyiapkan kerja- kerja penting yang lain.

Kerja yang diberikan pada minggu lepas, pagi tadi baru saya hendak cari di perpustakaan. Tidaklah susah untuk mencari seperti yang diarahkan. Masalah yang lain pula timbul.

Kelas bermula 10 pagi. Jurnal tidak boleh dibawa keluar daripada perpustakaan. Hendak atau tidak, terpaksalah mencetak bahagian yang dimahukan di dalam perpustakaan sahaja.

Agaknya pengajaran daripada Tuhan supaya tidak melakukan kesalahan yang sama sekali lagi. Saya pergi ke pusat photocopy pukul 9.50 pagi. Hanya tinggal 10 minit. “Jangan risau, aku boleh lakukan.”

Itulah kata- kata saya. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Saya terpaksa menunggu kira- kira 30 minit untuk mencetak artikel di dalam jurnal tersebut kerana terlampau banyak buku yang terpaksa diphotostat.

Akibatnya, saya tidak pergi ke kelas yang bermula pukul 10 pagi tadi. Nilai pengajaran daripada cerita ini, janganlah melakukan sesuatu kerja di saat- saat terakhir. Jangan hendak buang air, baru hendak gali lubang.

Satu kelas bermula dari 10 pagi hingga 11.20 pagi telah terlepas. Masa itu saya telah gunakan untuk menulis pos ini. Hehehehe. Masa itu emas, gunakan ia sebaik mungkin.  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 18, 2007 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: