RSS

Debit dan Kredit Staf UIAM

19 Dec

Patah tumbuh, hilang berganti. Masih terngiang- ngiang lagi di telinga saya akan kata- kata Encik Abdul Rahim Ahmad, “Kehilangan seorang staf adalah satu kerugian yang besar kepada kita. Namun, kita kena berhijrah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menunggu kita.” 

Jumaat lepas, seorang staf di Pejabat Perhubungan Awam (PRO) telah diraikan di dalam satu majlis tertutup. Bukan majlis meraikan kejayaan, tetapi sebuah majlis perpisahan.

Encik Ismail Ahmad, bertugas sebagai pemandu PRO, menamatkan kerjaya setelah empat tahun berkhidmat di PRO. Kini, beliau meneruskan tugasan di Pusat Asasi Matrikulasi Petaling Jaya.

Seorang keluar, dua orang pula yang masuk. Seorang wanita, Halimah, 23 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari UIAM, kini bekerja separuh masa di PRO.

Seorang pemuda, Hanif Mohsein, juga 23 tahun, menuntut di Kuliyyah Undang- undang Ahmad Ibrahim, UIAM bekerja separuh masa di bawah bos saya.

Agaknya berapa lama mereka akan bekerja di sini?

Saya tidak pernah sangka sudah hampir genap setahun saya berkhidmat di sini. Setakat ini, saya tidak mempunyai niat untuk berhenti kerja.

Dengan jadual kelas yang padat, ditambah pula dengan tugas mencari berita, memang penat. Kepenatan ini bermula dari Isnin sehingga Khamis.

Dikira jumlah semester dan jumlah kelas yang tinggal, saya kesuntukan masa. Mungkin kerana dahulu saya merupakan pelajar daripada jurusan lain selama dua semester. Secara tidak langsung, ia memberi sedikit impak kepada saya sekarang.

Hanya tinggal tiga semester panjang dan dua semester pendek, mempunyai 52 jam kredit yang saya perlu hadiri.

Dicongak sekali lagi, seandainya saya tidak mengambil bilangan kelas sehingga penuh pada semester- semester yang akan datang, alamatnya saya akan menambah semester di universiti ini.

Pelajaran semakin susah, komitmen di PRO juga semakin bertambah. Doakanlah semoga saya boleh mengendalikan semua ini dengan penuh tanggungjawab.

Pernah dahulu serang rakan menghasut saya untuk meninggalkan kerjaya di PRO atas alasan tersendiri. Dengan tekanan daripada orang atasan, terasa juga hendak lakukan. Disebabkan saranan dan nasihat ibu, niat itu dimatikan.  

Pengalaman di sini, InsyaAllah dapat membantu di masa depan. Persoalannya, adakah saya akan kekal bekerja di sini setelah tamat belajar? Saya tidak mempunyai jawapan tersebut, kita tunggu dan lihat sahaja.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 19, 2007 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: