RSS

Bingkisan Cerita Kereta Pembiayaan Orang Lain

24 Dec

“Arkitek yang membina pelan UIAM dulu tidak pernah menyangka bahawa ramai pelajar- pelajar UIAM berasal daripada keluarga yang kaya- raya,” kata Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Rektor UIAM.

Kata- kata ini keluar daripada mulut beliau semasa memberi komen mengenai masalah tempat parking di UIAM.

Salah satu undang- undang adalah pelajar UIAM tahun ketiga dan keempat sahaja layak membawa kereta ke kampus ini. Arahan telah digubal, namun tidak semua mematuhinya.

Seorang jaga di UIAM berkata parking adalah sesuatu yang kritikal di universiti ini. Antara ahli akademik, staf  dan pelajar, ketiga- tiga pihak terpaksa berebut untuk memenuhi ruang tempat letak kereta yang terhad.

Bersepah kereta jenama Malaysia yang boleh dilihat kalau saudara mengunjungi kampus ini, saya jamin majoriti dimiliki oleh pelajar- pelajar UIAM sendiri.

Terlintas juga di fikiran untuk mempunyai sebuah kereta sendiri, setelah difikir kembali daripada aspek kompnen kereta, bayaran muka, bayaran bulan- bulan, minyak, tol, parking, insurans kereta, saya lupakan sahaja niat memiliki kereta sendiri.

Ada sesetengah pelajar yang tidak sedar diri, sudahlah setiap bulan emak dan ayah menjadi pembayar tetap bagi kereta yang diguna pakai oleh si anak.

Si anak pula “melengkapkan” kereta dengan pelbagai aksesori kereta seperti ekzos yang menyakitkan telinga, meter kelajuan untuk berlumba hakikatnya kereta tersebut hanyalah Kancil, menukar enjin dan macam- macam lagi perubahan yang dibuat.

Ibu bapa yang berpendirian tidak kisah dengan “wajah baru” pada kereta si anak, seharusnya menukar persepsi sebegitu. Seorang pelajar, berapa sangat yang boleh beliau peroleh dalam masa sebulan? Setakat makan dan minum, InsyaAllah lepas.

Sama ada pelajar tersebut menggunakan duit hasil titik peluh bekerja sebulan, atau menggunakan duit pinjaman kerajaan atau menggunapakai duit biasiswa sumbangan daripada mana- mana pihak untuk upgrade kereta.

Pendapat saya, duit tersebut boleh digunapakai untuk pelbagai fungsi yang lebih penting daripada menaiktaraf kereta hasil pembayaran ibu bapa setiap bulan.

Sudah tiga tahun saya menetap di Taman Ilmu dan Budi, hanya dua orang sahaja rakan yang mempunyai kenderaan hasil titik peluh sendiri. Yang lain?

Setiap bulan, ditanggung ibu bapa dan apabila ditanya lebih sedikit mengenai kereta yang dipandu, jawapan yang diberikan hanyalah “TIDAK TAHU”. Yang dia tahu hanyalah memandu.

Aspek keselamatan, berapa bayaran muka, bayaran setiap bulan, kali terakhir kereta tersebut dihantar untuk servis, apakah sejarah silam kereta itu kalau kereta tersebut kereta second- hand, jawapan yang diberikan “ENTAH”.

Saya suka memandu dan suka sangat berjalan. Melihat kereta persendirian yang dipandu pelajar, berasa sedikit cemburu.

Macam- macam orang, macam- macam ragam, macam- macam idea, macam- macam pendapat dan macam- macam perangai.

Pendapat saya, kalau setakat kereta pelajar tersebut dibiayai oleh ibu dan ayah, satu sen pun tidak keluar, tanya ini tidak tahu, tanya itu tidak tahu mengenai kereta yang dipandu, janganlah rasa bangga diri sangat memandu kereta hasil pemberian orang lain.         

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 24, 2007 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: