RSS

Dilema Berpersatuan dan Tips Mengatasinya

31 Dec

Baru- baru ini, saya menerima pelawaan beberapa orang rakan untuk menghadiri AGM (Annual general Meeting) persatuan mereka.

Daripada tiga buah AGM yang diadakan, ada sebuah AGM yang benar- benar menarik hati saya. Menarik hati saya untuk sama- sama kita renungkan.  

Seelok- eloknya, sesebuah persatuan menyimpan orang lama. Apabila golongan baru mula terpesong daripada visi dan misi sesebuah persatuan, orang lama boleh menegur dan memberi tunjuk ajar.

AGM di dalam persatuan ini menampilkan muka- muka baru sebagai barisan kepimpinan utama. Apa jadi pada orang lama? Kalau golongan baru ini tidak tahu melakukan sesuatu, ke mana mereka harus rujuk?

Pernah terjadi seorang Presiden bagi sebuah persatuan berkata TIDAK TAHU untuk pelbagai perkara apabila diberikan tanggungjawab menguruskan sebuah program lawatan ke universiti lain. Kalau ini tidak tahu, itu tidak tahu, baik jadi ahli biasa dan beri sumbangan.

Walau apa pun badan yang saudara sertai, biarlah kegiatan yang diadakan mempunyai kaitan rapat dengan nama persatuan saudara.     

Kalau saudara bernaung di bawah Persatuan Zapin, adakah saudara akan terlibat untuk menjalankan khidmat komuniti? Sudah tentu tidak. Semestinya saudara akan memenuhi undangan tarian bagi pelbagai pihak.

Kalau di UIAM, adalah menjadi satu kesalahan seandainya individu yang sama memegang jawatan besar di dalam dua persatuan.

Sekiranya tidak menjadi kesalahan, mampukah beliau memberikan kualiti yang terbaik bagi pelbagai badan yang disertai?

Seorang hamba Allah telah diundi memegang salah satu jawatan Main Board di dalam AGM tersebut.

Hakikatnya, beliau sudah pun menjadi ahli Main Board di dalam persatuan lain. Semoga hamba Allah ini mampu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Bukan mudah untuk mendapat tajaan bagi sesebuah program. Kalau persatuan tersebut mempunyai rekod kegiatan persatuan yang cemerlang, sudah tentu pelbagai pihak akan tampil menyalurkan dana sumbangan.

Dengar kata persatuan ini mempunyai rancangan untuk mengadakan program pendidikan di luar negara. Wah! Jauh perjalanan, luas pemandangan. Namun, saya dengar kata persatuan ini tidak bergerak aktif seperti dulu.

Kalau tidak aktif, adakah wujud pihak yang ingin menaja program mereka? Kalau tidak mendapat tajaan, adakah ahli- ahli persatuan akan membelanjakan duit poket masing- masing bagi menjayakan sesebuah program?

Saya tidak mempunyai jawapan kepada soalan tersebut, sama- samalah kita doakan kejayaan bagi persatuan itu.

Adalah menjadi lumrah berpersatuan, mempunyai jawatan Presiden, Naib Presiden, Bendahari dan Setiausaha. Jawatan- jawatan ini dianggap tertinggi dan dikenali sebagai jawatan Main Board.

Selepas Main Board, barulah muncul pelbagai kumpulan- kumpulan kecil bagi menggerakkan program di bawah sesebuah badan seperti Biro Dakwah, Biro Sukan dan Rekreasi, dan pelbagai lagi. Setiap satu biro, mesti diketuai oleh seorang ketua.

Apa yang memeranjatkan saya, Main Board di dalam sebuah persatuan di UIAM mempunyai kuasa bagi memilih pelajar memenuhi jawatan Ketua- ketua Biro. Belum apa- apa, unsur kronisme sudah pun muncul.

Saya dapat rasa, barisan Main Board akan memberikan jawatan ketua biro kepada rakan- rakan yang mereka kenali dan yang boleh membuat kerja.

Soalan yang saya ingin utarakan, bagaimana pula dengan orang yang tidak boleh buat kerja? Adakah mereka akan dibiarkan tertinggal di belakang?

Sepatutnya, orang yang tidak boleh kerja diserap masuk ke dalam persatuan. Semasa di dalam persatuan, seharusnya mereka dididik akan kepentingan memegang tanggungjawab.

Kalau dari sekarang tidak diasuh, mereka berpotensi menjadi graduan menganggur.

Sijil ada, ijazah pun ada tetapi praktikal hancur. Tanggungjawab tiada, punah organisasi kalau hal sebegitu terjadi.     

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: