RSS

Kempunan Untuk Belajar Memasak

31 Dec

Lama benar saya tidak turun ke dapur. Kali terakhir memasak lauk adalah pada tiga tahun yang lalu, itu pun masak kerana ingin mencuba.

Selepas meninggalkan bangku sekolah, pernah juga merasai pengalaman memasak. Semuanya bermula daripada sifa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Masih teringat peristiwa sewaktu ingin menyiapkan ikan bilis masak cili. Kalau diikutkan cara- cara menyediakannya, memang mudah.

Goreng dahulu ikan bilis tersebut sehingga kuning keemasan, kemudian ikan bilis yang siap digoreng akan dicampurkan dengan cili.

Maklumlah baru mula memasak lauk, perkara yang lucu pula timbul. Semasa saya menunggu ikan bilis masak kuning keemasan, saya terlupa untuk meletakkan api dalam keadaan sederhana sahaja.

Akibatnya, ikan bilis yang sepatutnya berwarna kuning keemasan bertukar menjadi hitam arang. Sepinggan penuh pula yang rentung, memang ibu mengamuk waktu tersebut. Akhirnya, beliau memasak untuk kami. Hehehe.

Kampus UIAM ada menyediakan pelajaran memasak bagi lelaki dan wanita. Terasa ingin menyertai, tiada bayaran yang dikenakan. Tetapi, saya terdengar cerita- cerita yang kurang enak mengenai pelajaran tersebut.

Dengar cerita rakan- rakan senior, masakan yang akan diajar tidaklah serumit seperti dijangka. Lebih kepada untuk memasak kuih- muih. Benar ke?

Nampaknya terpaksalah buat sedikit penyiasatan dan uji kaji terhadap khabar angin sebegini.

Melihat kepada teman- teman sebaya yang mahir memasak di rumah, terasa cemburu pula. Mereka mempunyai sesuatu yang saya tiada.

Dengan jumlah masa yang terhad di UIAM, tidak lama lagi saya akan terbang keluar dari sini. Takkan hari- hari hendak membeli makanan?

Boleh, tiada masalah tetapi kalau tidak berduit, di situlah masalah mula timbul.

Kalau boleh, saya ingin belajar memasak sebelum saya menikah. Seandainya si isteri pulang kepenatan atau sedang sakit, saya boleh memasak sedikit untuk beliau.

Beli di luar? Hmm… Ia boleh dipraktikkan tetapi kalau boleh saya hendak elakkan ia daripada berlaku selalu. Mengapa? Masakan di luar kadang- kadang diletakkan ajinomoto berlebihan dan ini tidak elok untuk kesihatan.

Beli makanan segera memang sedap dan pantas disiapkan. Namun, makanan tersebut mempunyai bahan kimia dan pewarna yang dibenarkan. Diambil selalu, mengakibatkan penyakit dalam jangka masa panjang.

Tidak hairanlah golongan tahfiz tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan segera. Malah, makanan mereka benar- benar dijaga rapi agar tidak memberi kesan untuk menghafal Al- Quran.

Sebab yang utama sekali saya ingin belajar memasak adalah untuk menjamu isteri dan keluarga nanti. Kalau boleh, saya ingin selalu merasa makanan daripada “air tangan” isteri sendiri.

Ini hanyalah cita- cita di masa depan, harap- harap ia dimakbulkan berkat usaha dan doa  bermula sekarang!    

 
2 Komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Kempunan Untuk Belajar Memasak

  1. nurulizz

    Januari 4, 2008 at 1:54 am

    heee…ni ke pasal masak memasak tu. no wonder miss aisha & some of ur friends gelak gile aritu. yeah!blaja masak dari sekarang!

     
  2. ibu tua...

    Mei 7, 2008 at 9:36 am

    sebelum masak untuk isteri..utamakan ibu..wahai anakku…ketahuilah..susahpayah seorang ibu mengandungkan mu..mulai kamu dari segumpal darah menjadikan kamu sedewasa sehingga kini……
    jangan jadikan dirimu seorang anak yang lupa…pada seorang ibu tua….yg sanggup membanting/ mengerahkan tulang empat keratnya menyara kamu hingga dewasa serta memberi kamu peljaran yg cukup hingga kamu sudah berjaya…..
    jangan kamu menjadi anak yang tidak kenang budi..ibu tua mu wahai anakku…….
    kasihanilah ibu yang sudah tua dan ibu itu sedang menunggu panggilan illahi…wahai anakku…….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: