RSS

You are Such a PlayBoy!

31 Dec

“Oh my God! You are such a PLAYBOY (Ya Tuhanku! Engkau memang seorang playboy).” Tajam dan pedas, nasib baik kata- kata tersebut bukan ditujukan kepada saya.

Kasihan rakan saya yang terkena kata- kata tersebut. Agaknya, inilah akibat kalau bercinta terlalu awal dan kerap bertukar pasangan.

Kalau saudara bercinta, apakah azam yang saudara pasang bersama pasangan saudara? Sudah tentu, mengimpikan hubungan yang bahagia sehingga ke anak cucu.

Apa terjadi seandainya perhubungan saudara terhenti di pertengahan jalan? Kekal sebagai bujang, tanpa berteman sehingga bila- bila?

Rakan saya ini, M seorang yang tinggi lampai, berkulit cerah, mempunyai darah kacukan dan memang mempunyai “saham” yang tinggi di kalangan perempuan. Saya mengenali M sewaktu berada di Pusat Asasi Matrikulasi, Petaling Jaya.

Hendak dipendekkan cerita, beliau pernah bercinta tiga kali dengan perempuan yang berbeza di sana dahulu. Sampai di kampus utama Gombak, ternampak pula beliau bersama perempuan yang lain.

Kini, berpasangan dengan wanita lain. Hai… Jumlah keseluruhan, lima orang setakat ini. (Minta maaf ye M, saya terpaksa berkata begini)

Adakah M layak dinobatkan sebagai playboy? Saya diajar oleh mentor dan ibu untuk berfikir positif. Sejahat mana orang itu, saya telah diajar untuk berprasangka yang elok dahulu.

Mungkin M mempunyai alasan tersendiri mengapa wanita yang mengunjungi hidup beliau bersilih ganti. Soalan mengapa ia terjadi, itu merupakan isu yang sensitif untuk ditanya.

Sekadar mengingati kata- kata seorang penyelidik hubungan cinta, beliau berkata, “Kalau hubungan itu berjalan lancar, ia tidak akan menemui titik noktah. Kalau hubungan itu putus, ia berpunca daripada kedua- dua belah pihak.”

“Apabila seorang mula membuat hal, seorang lagi akan mula makan hati. Of course, yang makan hati ini akan mula menimbulkan hal yang baru dan kerenah pula yang akan timbul. Lama kelamaan, mulalah tidak tahan dengan pasangan masing- masing,” ujar penyelidik cinta ini.

Saya bersetuju dengan kata- kata beliau. Lain orang, lain tujuan mereka bercinta. Mungkin M juga tidak ingin putus, tetapi mungkin bukan jodoh beliau. Terhenti di pertengahan jalan. 

Ada orang bercinta kerana terikut- ikut dengan rakan. Ada orang bercinta hanya kerana ingin rasa bercinta itu bagaimana. Ada orang bercinta hanya untuk berseronok semata- mata. Ada orang bercinta ingin kebahagiaan sampai bila- bila.

Agaknya M berada di mana? Agaknya saya berada di mana? Agaknya saudara pula tergolong di dalam kelas yang mana?

Apa pun, saya harap pilihan M kali ini adalah yang tepat. Semoga M dan pasangan beliau berbahagia kekal abadi, InsyaAllah.            

 
1 Komen

Posted by di Disember 31, 2007 in Cerita Teman

 

One response to “You are Such a PlayBoy!

  1. littlebursts

    Januari 3, 2008 at 10:51 am

    =)

    – Puteri.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: