RSS

Monthly Archives: Januari 2008

Bersiar- Siar di MMP Communications

Sehingga hari ini, saya boleh kira dengan jari berapa kali lawatan yang diadakan ke tempat- tempat media seperti syarikat majalah, stesen TV dan agensi berita.

Yang saya pernah lawati ASTRO, BERNAMA dan yang terbaru, MMP Communications. Baru tiga? Tidak mengapa, tiga lebih baik daripada angka kosong.

Melawat ke ASTRO semasa di Tingkatan Lima, pergi ke BERNAMA pada semester yang lalu dan melawat ke MMP Communications pada hari Jumaat minggu lepas. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Pertolongan Tanpa Batasan!

Lawatan selama tiga jam ke MMP Communications pada Jumaat lalu benar- benar menyeronokkan. Syarikat penerbitan ini menerbitkan majalah Milenia Muslim, Forward dan Aniqah.

Ia ditubuhkan enam tahun yang lalu bermatlamatkan untuk mendidik bangsa dan membuat amal jariah kepada masyarakat, dipetik daripada kata- kata Ketua Kumpulan Editor, Datuk Jamaluddin Mansor yang berada di pejabat tersebut semasa hari lawatan.

Turut bersama kami adalah Editor bagi majalah Milenia Muslim, Tuan Zulkafly Baharuddin.

Penyertaan ini telah disertai oleh lapan lelaki dan tujuh perempuan diketuai oleh seorang penyarah UIAM, Dr. Sulaiman Dufford juga seorang kolunis tetap bagi majalah Milenia Muslim.

Pada asalnya, program ini hanya disertai oleh seorang lelaki dan enam wanita sahaja. Namun saya telah meminta keizinan daripada Dr. Sulaiman untuk membawa lebih ramai kawan- kawan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Pak Samad Mengamuk!

Tahun lepas, saya sempat bertemu dengan Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said di UIAM kini. Sabtu yang lalu, bertempat di RA Fine Arts Gallery, Jalan Aman sekali lagi saya bertemu beliau bersama barisan penulis dan pemuitis muda berbakat.

Pergi ke sana atas jemputan rakan seuniversiti pada malam sebelum program tersebut bermula.

Program tersebut bernama “Kata Suara” (Spoken Words), merupakan julung- julung kali diadakan di sini setelah tujuh bulan pembukaannya kepada orang awam.

Saya bersama tiga orang rakan penulis lagi bertemu di stesen keretapi Putra di Ampang Park pukul 3 petang. Nasib baik program tersebut bermula 3.30 petang. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 21, 2008 in Tokoh

 

Pensyarah Bosan atau Pelajar yang Membebankan?

Petang ini kalau tidak bernasib baik kena membuat pembentangan di depan kelas. Boleh dikatakan pada setiap kelas Sains Hadis (Isnin dan Rabu), kami sekelas terpaksa membuat pembentangan.

Pensyarah yang berumur lingkungan umur 40- an ini, akan memilih sesiapa sahaja untuk ke depan kelas dan membuat pembentangan mengenai topik yang bakal beliau pada akhir waktu kelas.

Malah, kepada sesiapa yang pernah membuat pebentangan, tiada pengecualian. Kalau saudara sudah melakukan pembentangan, nama saudara mungkin akan dipanggil lagi bagi melakukan kerja yang sama.

Dalam erti kata lain, sebelum datang ke kelas kami mesti bersiap- sedia dengan nota- nota yang berkaitan sebelum dipanggil ke depan. Dalam hati berkata, “Janganlah aku kena present hari ni.”

Kalau dulu, pensyarah ini tidak berperangai sebegini. Saya pernah menduduki kelas beliau dulu. Kini, mengambil subjek yang baru tetapi pensyarah yang lama. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Januari 16, 2008 in Coretan Pelajar

 

Growing Up in Trengganu

Meluangkan masa bersama seseorang yang kita suka, membuatkan kita terasa masa bergerak terlalu pantas.

Kalau itulah kali pertama kita menemui seseorang dan kita sudah menyukai beliau, memang sampai bila- bila orang tersebut akan melekat di hati dan terpahat di kepala kita.

Di dalam buku Seni Bercakap- cakap dan Berbual- bual, manusia akan tertarik di antara satu sama lain seandainya kita mempunyai faktor homofili (persamaan) yang banyak.

Kalau pergi berjumpa dengan mana- mana penulis, dua jam rasa terlalu sekejap untuk dihabiskan bersama. Pelbagai topik yang boleh dijadikan cerita. Daripada sini, wujudlah perhubungan yang lebih akrab di masa akan datang.

Itulah yang terjadi semalam. Kedatangan Awang Goneng ke UIAM semalam selama sejam setengah sahaja benar- benar membuatkan saya terlupa akan kerja- kerja yang masih lagi menanti. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 15, 2008 in Tokoh

 

Stigma Membunuh Terhadap OKU

Semasa sedang asyik menonton Buletin Utama dua malam yang lepas, saya tertarik dengan satu isu yang disiarkan. Isu tersebut adalah mengenai golongan kurang upaya (OKU) yang tidak mendapat pekerjaan di sektor awam.

Salah seorang OKU yang ditemuramah berkata golongan seperti mereka adalah lebih mudah untuk bekerja bagi pihak swasta jika dibandingkan untuk mendapat pekerjaan di dalam sektor awam.

“Saya dan rakan- rakan mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan. Apa yang memeranjatkan, sewaktu dipanggil untuk temuduga bekerja bagi kerajaan, hanya saya seorang tidak mendapat apa- apa panggilan,” jelas seorang OKU. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 15, 2008 in Kisah Hidup

 

Hubungan Pelajar UIAM: Antara yang Indah dan Pahit

Antara 16 buah universiti awam di Malaysia, saya tidak pernah sangra saya akan menjadi salah seorang pelajar di UIAM.

Universiti yang bertaraf antarabangsa ini, pernah suatu ketika menerima kedatangan pelajar antarabangsa dari 100 buah negara. Kini, UIAM menempatkan pelajar dari 90 buah negara dengan jumlah yang dianggarkan seramai 3000 peajar antarabangsa.

Hidup dengan pelajar dari pelbagai negara, ada pro dan kontranya. Pelbagai warna kulit dilengkapi dengan pelbagai budaya dan adat resam, memang mengambil sedikit masa bagi mengenali mereka. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Januari 14, 2008 in Coretan Pelajar