RSS

“Teacher’s Pet” Menjerumus Kepada Diskriminasi Pelajar?

03 Jan

Baru- baru ini, saya bersarapan dengan kawan- kawan sekelas. Entah apa terjadi, tiba- tiba salah seorang rakan berkata, “Layanan daripada pensyarah kepada pelajar lelaki dan perempuan memang dapat dilihat perbezaannya. Ada pensyarah wanita lebih suka pelajar lelaki daripada pelajar perempuan.”

Rakan saya ini menyambung, “Kalau lelaki minta hendak hantar assignment lambat, boleh je. Kalau perempuan minta macam tu, kena maki la dengan lecturer.”

Kata- kata yang dilontarkan daripada pelajar perempuan ini membuatkan saya terfikir akan kebenaran kata- kata beliau. Persoalannya, benarkah sebegitu?

Setakat ini, saya tidak menemui apa- apa artikel mengaitkan ketidakadilan layanan pensyarah kepada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Yang saya pernah terlintas, artikel mengenai diskriminasi pekerja perempuan.

Sudah 14 tahun saya hidup sebagai seorang pelajar, kadang- kadang memang fenomena ini terjadi. Biasanya, ia berlaku di antara pendidik lelaki dan pelajar perempuan atau di antara pendidik wanita dan pelajar lelaki.

Seperti cinta antara lelaki dan wanita, begitu juga dengan konsep layanan. Hubungan antara dua jantina berlainan ini tidak berubah seperti tarikan magnet kutub utara dan kutub selatan.

Pendapat saya, biasanya orang yang melakukan suatu kesalahan tidak akan menyedari kesilapan yang dilakukannya sehinggalah orang lain memerhati dan menegur.

Disebabkan itu, berlaku berat sebelah di dalam pembahagian kasih sayang antara ibu bapa dan anak- anak. Begitu juga hubungan antara pendidik dan pelajar.

Ada sesetengah pendidik melayan pelajar mereka sama rata, tiada lebih atau kurang. Ada juga pendidik melayan pelajar mengikut jantina. Ada pula pendidik melayan pelajar yang rapat dengan mereka sahaja.

Pelajar mana yang tidak mahu layanan yang baik daripada tenaga pengajar? Semua pelajar mengimpikan layanan yang terbaik daripada guru mereka. Namun tidak semua orang dapat.

Saya pernah menjadi “anak emas” bagi beberapa orang pensyarah. Apa yang saya rasa? Seronok sangat, dapat pelbagai buku secara percuma, layanan sedikit berbeza, nama sering disebut- sebut di dalam kelas, mendapat beberapa projek luar dan pensyarah- pensyarah ini boleh dijadikan sumber rujukan apabila ingin meminta praktikal atau kerja.

Gemar bertanyakan soalan di dalam kelas juga merupakan salah satu langkah dalam menuju gelaran “anak emas” kepada si pendidik. Kenyataannya, guru menyukai pelajar yang gemar bertanyakan soalan di dalam kelas. 

Apa yang tidak menyeronokkan adalah kadang- kadang saya rasa ada di kalangan rakan- rakan sekelas tidak menyukai saya. Sama ada ini hanya perasaan, saya tidak pasti.

Malah, seandainya saudara ingin menjadi “anak emas” kepada guru, saudara haruslah bersedia untuk membuat sedikit kerja lebih daripada pelajar- pelajar lain. Ada sesetengah golongan pendidik mengambil kesempatan ini untuk “memperhambakan” pelajar.

 

 
1 Komen

Posted by di Januari 3, 2008 in Coretan Pelajar

 

1 responses to ““Teacher’s Pet” Menjerumus Kepada Diskriminasi Pelajar?

  1. Miss Aisha

    Januari 4, 2008 at 12:09 am

    Hmmm…. lecturers are humans too, its natural for them to have certain preference over some students, be it depending on gender, personality, intelligence or some simply based on looks! I myself have preference for students who are eager, not annoying, enthusiastic and hard working! 😛 but having said that, it goes against our professional ethics to let our natural preferences to affect our academic judgment. I certainly try to refrain from doing that! :-p

     

Tinggalkan komen