RSS

Berkobar- kobar…

03 Jan

Semalam saya mempelajari konsep kerja berkumpulan di dalam kelas Komunikasi Psikologi. Tiba- tiba, sang pensyarah sibuk pula bertanya persatuan apa yang saya sertai.

Dengan muka tebal, saya hanya mampu menjawab, “Setakat ini, tiada langsung.” Malu, kalau di pusat matrikulasi dulu, macam- macam kegiatan yang saya sertai.

Setelah bekerja di Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO), saya telah berjanji kepada diri sendiri yang saya akan mula meninggalkan semua kegiatan berpersatuan ini bagi memberikan kualiti terbaik kepada pekerjaan saya sekarang.

Sejurus sahaja tamat tempoh setahun menduduki jawatan Setiausaha di dalam Persatuan Perwakilan Kolej Kediaman Ali (MRC Ali), saya langsung tidak terlibat dengan apa- apa aktiviti kecuali membuat berita untuk PRO.

Pada minggu lalu, tiga mesej saya terima meminta saya menghadiri sebuah mesyuarat agung anjuran Persatuan Komunikasi UIAM.

Saya pergi ke mesyuarat tersebut dengan hati ingin mengetahui lebih lanjut mengenai badan ini. Ada seorang pensyarah menggunakan “umpan” memberi dua markah bagi pelajar jurusan Komunikasi yang menghadiri mesyuarat pada malam tersebut.

Namun, rasanya “umpan” beliau tidak mengena. Kalau beliau ingin memberikan lima markah, mungkin lebih ramai pelajar daripada kelas beliau akan datang dengan satu tujuan utama iaitu menanti markah tersebut.

Sejurus sahaja tamat mesyuarat itu, saya berkata kepada diri sendiri bahawa saya harus menyertai persatuan ini.

Seorang ahli jawatankuasa persatuan tersebut bertanya mengapa saya ingin menyertai Persatuan Komunikasi UIAM. Terus- terang saya katakan, ada tanggungjawab yang saya perlu lakukan di dalam badan tersebut.

Saya melihat persatuan ini masih banyak lagi bahagian yang boleh ditingkatkan ke tahap maksimum. Saya tahu apa yang perlu dilakukan, terasa sedikit berdosa apabila kita mengetahui sesuatu perkara tetapi tidak melakukan apa- apa pun bagi memperbaikinya.

Khabar angin bertiup mengatakan barisan ahli- ahli yang memegang tampuk pemerintahan di dalam persatuan ini pada tahun lepas boleh membuat kerja, tetapi tiada seni di dalam memimpin sesebuah organisasi. 

Ada ramai orang yang lebih hebat daripada saya di luar sana. Namun harapan saya adalah moga- moga momentum kecemerlangan seperti yang saya pernah lakukan kepada program- program dulu dapat saya salurkan kepada badan yang saya akan sertai nanti, InsyaAllah.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 3, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: