RSS

Komunikasi Seorang Pemimpin: Di Mana Silapnya?

04 Jan

Azam sudah berkobar- kobar bagi menyertai sesebuah persatuan, ada pula halangan yang datang daripada orang dalam persatuan tersebut.

Berlaku pada masa yang berbeza, tempat yang berbeza, orang yang berbeza namun persamaan antara dua orang ini adalah mereka berdua memegang jawatan besar di dalam sebuah persatuan di UIAM.

Seorang berkata, “Aliff, boleh tak kau bina sebuah website bagi persatuan kami?” Seorang “orang kuat” daripada sebuah persatuan yang sama pula berkata, “Aliff, aku hendak kau buat newsletter setiap bulan.”

Dua orang ini bertanya di saat- saat saya masih belum lagi menjadi ahli di dalam persatuan mereka. Kedua- duanya adalah ayat perintah, namun ayat yang pertama lebih bersifat lembut dan beradab jika dibandingkan dengan ayat yang kedua.

Harap jawatan besar, namun daya komunikasi salah seorang daripada “pembesar” ini masih berada di tahap yang rendah.

Tujuan utama saya menyertai persatuan adalah untuk berkhidmat, menyumbang apa- apa yang patut. Tetapi belum menjadi ahli lagi, sudah kena perintah dengan salah seorang “pembesar” daripada persatuan yang saya ingin sertai.

Perkara sebegini biasanya membuatkan orang lain kecut perut untuk memberikan sesuatu. Masih belum terikat, namun sudah kena kerah. Baru sahaja dilantik memegang tanggungjawab besar, sudah mula menunjuk kuasa.

Bercakap- cakap ada seninya, berbual ada seni yang tersendiri. Ramai orang boleh bercakap tetapi tidak ramai yang mengetahui cara sebenar berkomunikasi.

Etika komunikasi yang betul mampu membuatkan seorang pemimpin itu mempunyai ramai kenalan, pengundi dan penyokong.     

Bukankah lebih elok jika ayat yang kedua tersebut diubah menjadi sebegini, “Kalau boleh, aku hendak kau buat newsletter setiap bulan supaya semua orang tahu kita berusaha untuk menjadi aktif.”

Satu ayat yang mudah, tersirat ayat perintah, tersimpul pula ayat meminta dan ayat pujukan. Malah, ayat itu memberikan maksud jelas kepada penerima mesej mengenai rancangan yang ingin dicapai di masa depan.

Kita sering bercakap, namun kita tidak sedar kadang- kadang percakapan kita mampu mengguris hati pihak lain. Apatah lagi, kalau kata- kata tersebut keluar daripada mulut seorang ketua, besar kesannya.

Seorang pemimpin dilantik sama ada mendapat kepercayaan penuh daripada rakan- rakan dan penyokong atau dipilih atas kepercayaan pihak atasan. Apa yang ketua lakukan, biasanya akan menjadi ikutan. Kalau buruk, sehingga bila- bila orang berkata tentang beliau.

Saya memandang peristiwa ini sebagai sesuatu yang serius. Seandainya seorang pemimpin itu tiada daya komunikasi sebagai seorang pemimpin, bagaimana beliau ingin memenangi sokongan orang lain?

Bagaimana beliau ingin menjaga hati orang bawahan beliau? Fikir- fikirkanlah…

 
3 Komen

Posted by di Januari 4, 2008 in Coretan Pelajar

 

3 responses to “Komunikasi Seorang Pemimpin: Di Mana Silapnya?

  1. Zamri Mohamad

    Januari 4, 2008 at 2:54 am

    Kepada Alif dan rakan-rakan pengunjung weblog ini.

    Undi Zamri Mohamad bagi The Malaysian Dotcom Youth Search 2008.

    Laman web Zamri Mohamad tersenarai. Jom, undi!

    Laman web zamrimohamad.com telah disenaraikan dalam senarai pencarian The Malaysian Dotcom Youth Search. Laman web ini bakal bersaing dengan 381 laman web lain dan jumlah laman web akan bertambah lagi. Sudah tentu laman web zamrimohamad.com sedang bersaing dengan laman-laman web komersial bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tempatan milik peserta-peserta lain.

    Satu pertandingan yang menjadikan pemilik laman web komersial cuba meningkatkan kualiti persembahan laman web masing-masing.

    Saya memerlukan saudara-saudari pengunjung mengundi laman web http://www.zamrimohamad.com.

    Jika laman web ini dan rangkaian blognya layak mendapat undian saudara. Klik logo berwarna kuning di sebelah atas apabila memasuki muka hadapan laman web http://www.zamrimohamad.com

    Klik ke http://www.zamrimohamad.com.

    Terima kasih atas sokongan saudara dan saudari. Klik di sini.

     
  2. aliman

    Januari 5, 2008 at 4:56 am

    Aliff buat website? Aliff buat newsletter… Hmm hmm dan hmmmmmm yang panjang.

     
  3. Bayan

    Januari 8, 2008 at 6:31 am

    ya…komunikasi yang bagaimana yang harus ada pada setiap orang. bukan sahaja kena pandai berkata-kata tetapi juga nilai kata-kata itu. tapi tak semua orang tahu.

    komunikasi begini sudah ada dipelajari di institusi pendidikan di malaysia. cuma kadang manusia lupa bila dihimpit kuasa, taraf pendidikan dan wang ringgit. semua nilai kecamuk.
    bagaimana nak mencapai komunikasi yang baik dengan konsisten? Pada pendapat saya, dengan penerapan nilai iman dan akhlak yang baik sejak kecil dan juga saling ingat mengingati sesama kita.

    terima kasih, entri ini mengingatkan saya bahawa saya masih manusia biasa.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: