RSS

“Sayonara dan Arigato!”

09 Jan

Sayonara UIAM!” itulah kata- kata terakhir seorang mentor sebelum beliau pergi meninggalkan pejabat Perhubungan Media UIAM.

Hakikat yang saya harus terima adalah mentor tersebut ialah mentor saya, Tuan Zamri Mohammad. Berguru selama hampir tiga tahun setengah, akhirnya pembelajaran ini sudah menuju ke titik perpisahan.

Patah tumbuh, hilang berganti. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Apa yang saya kecapi kini, bertitik tolak daripada usaha sendiri, restu keluarga, berkat doa dan sumbangan mentor saya.

“Selepas ini, siapa yang jadi mentor kau, Aliff?” tanya seorang rakan. Dengan nada bergurau, saya berkata “Akulah yang jadi mentor. Hahaha”

Bukan mudah untuk menjadi mentor. Memegang tanggungjawab untuk mendidik protege, menjadi tempat rujukan bagi masalah yang timbul di kalangan mentee- mentee, malah tugas ini lebih kepada memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan.

Perkara paling buruk yang terpaksa diterima oleh seorang mentor, sekiranya mentee membuat silap, secara tidak langsung nama mentor pun akan buruk. Rekod yang tidak elok akan tercatat.

Kenyataannya, prinsip mentor dan mentee merupakan kaedah kepimpinan yang terbaik bagi matlamat jangka masa panjang.

Si mentor boleh memberikan sumbangan, si mentee pula mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti. Situasi menang- menang bagi kedua- dua pihak.

Kini, saya mempunyai tiga orang mentee. Dua perempuan dan seorang lelaki. Banyak kerja dan komitmen yang saya harus berikan pada semester ini.

Terasa seolah- olah saya menduduki semula tempat mentor saya, terasa seperti sedang mengulangi apa yang mentor saya lakukan dulu. Cuma, kerja yang saya lakukan memang tidak akan menyamai seperti apa yang pernah dilakukan oleh Tuan Zamri.

Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau. Apa yang saudara nampak daripada diri saya sekarang, adalah hasil sedikit acuan daripada mentor saya. Terima kasih!           
 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: