RSS

Hubungan Pelajar UIAM: Antara yang Indah dan Pahit

14 Jan

Antara 16 buah universiti awam di Malaysia, saya tidak pernah sangra saya akan menjadi salah seorang pelajar di UIAM.

Universiti yang bertaraf antarabangsa ini, pernah suatu ketika menerima kedatangan pelajar antarabangsa dari 100 buah negara. Kini, UIAM menempatkan pelajar dari 90 buah negara dengan jumlah yang dianggarkan seramai 3000 peajar antarabangsa.

Hidup dengan pelajar dari pelbagai negara, ada pro dan kontranya. Pelbagai warna kulit dilengkapi dengan pelbagai budaya dan adat resam, memang mengambil sedikit masa bagi mengenali mereka.

Seronok bercerita mengenai budaya orang, mendengar khabar tentang negara lain. Maklumlah, hendak melawat belum tentu lagi. Entah dapat atau tidak, tidak pasti.

Seorang rakan saya dari negara Turki. Beliau boleh bercerita panjang lebar mengenai empayar Turki Uthmaniah, nampak jiwa patriotisme itu melekat kuat di dalam sanubari beliau. Sekiranya salah, beliau akan berlawan habis- habisan bagi membuktikan beliau betul.

Namun kalau saudara berjaya merapati kawan saya ini, mungkin saudara akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada beliau. Hal ini saya lihat bukan sahaja di dalam diri rakan saya, tetapi juga di kalangan pelajar lain yang berasal dari Turki.

Bekas Rektor UIAM, Tan Sri Prof Dr. Mohd Kamal Hassan pernah menjalankan pelbagai program bagi menggalakkan penyertaan antara pelajar Malaysia dan antarabangsa.

Sehingga sampai ke suatu tahap, kalau ingin mengambil gambar kenangan bagi persatuan, kalau tiada muka walau seorang pelajar antarabangsa, jangan haraplah gambar tersebut akan disiarkan kepada orang ramai.

Ada juga kenangan pahit mengenai mereka. Seorang bekas Pengetua kolej di UIAM berkata pernah terjadi kes di mana seorang pelajar Malaysia dan pelajar dari Bosnia bergaduh kerana perselisihan faham.

Apa yang menakutkan, kedua- dua orang pelajar wanita ini bergaduh sampai ke tahap ingin membunuh.

Pelajar Malaysia memanggil empat orang rakan beliau bagi menggertak pelajar Bosnia ini, tidak sangka beliau akan disambut dengan ugutan bunuh pula.

Akhirnya, kedua- dua pihak dipanggil bagi menyelesaikan konflik. Pelajar Bosnia berkata, “Trauma yang saya alami sewaktu melihat jiran- jiran dibunuh di depan mata saya, membuat saya takut lantas saya mengambil pisau bagi mempertahankan diri supaya kejadian dulu tidak berulang lagi.”

Akhirnya, kedua- dua pihak yang sedang bertelagah ini berdamai dan sehingga kini masih menjadi kawan.

Pertemuan yang dipenuhi masalah dan konflik, akhirnya berakhir dengan perdamaian. Sebenarnya, masih terdapat jutaan lagi cerita mengenai hubungan pelajar Malaysia dan antarabangsa yang masih tidak dapat lagi diungkapkan di blog ini.   

 
2 Komen

Posted by di Januari 14, 2008 in Coretan Pelajar

 

2 responses to “Hubungan Pelajar UIAM: Antara yang Indah dan Pahit

  1. MR

    Januari 15, 2008 at 6:01 am

    Memang seronok dapat kawan dari negara lain.. Belajar budaya orang luar memang seronok.. Contohnya kict, boleh dikatakan setengah class foreigner. Kat kelas memang interactive.. Boleh improve in terms of communication and integration.. Tak gitu yang?:) Hehe…

     
  2. writerdruid

    Januari 15, 2008 at 7:25 am

    Betul, betul yang🙂

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: