RSS

Growing Up in Trengganu

15 Jan

Meluangkan masa bersama seseorang yang kita suka, membuatkan kita terasa masa bergerak terlalu pantas.

Kalau itulah kali pertama kita menemui seseorang dan kita sudah menyukai beliau, memang sampai bila- bila orang tersebut akan melekat di hati dan terpahat di kepala kita.

Di dalam buku Seni Bercakap- cakap dan Berbual- bual, manusia akan tertarik di antara satu sama lain seandainya kita mempunyai faktor homofili (persamaan) yang banyak.

Kalau pergi berjumpa dengan mana- mana penulis, dua jam rasa terlalu sekejap untuk dihabiskan bersama. Pelbagai topik yang boleh dijadikan cerita. Daripada sini, wujudlah perhubungan yang lebih akrab di masa akan datang.

Itulah yang terjadi semalam. Kedatangan Awang Goneng ke UIAM semalam selama sejam setengah sahaja benar- benar membuatkan saya terlupa akan kerja- kerja yang masih lagi menanti.

Awang Goneng atau nama sebenarnya Wan Ahmad Hulaimi dijemput oleh Fakulti Komunikasi Media dan mendapat kerjasama Persatuan Komunikasi UIAM (COSA) bagi memberikan ceramah.

Turut bersama beliau ialah isteri tercinta, Puan Zaharah Othman dan anak saudara beliau, Nadia. Buku beliau yang bertajuk “Growing Up in Trengganu” habis dijual semasa program tersebut.

Buku beliau juga merupakan salah satu daripada buku yang menjadi buku best- seller di MPH dan Borders.

Sekadar menaip kembali bagi menyampaikan ilmu untuk tatapan umum. Inilah hasil selama hampir tiga jam saya bersama beliau.

Pertama, janganlah kita lupa asal- usul kita, budaya dan sejarah dulu seharusnya dijaga bagi pengajaran generasi akan datang. Kata beliau, “Tanpa sejarah, saudara tiada apa- apa.”

Beliau menambah, tanpa kita sedari 1000 bahasa mati setiap hari. Dari perkataan, lahirnya bahasa. Bahasa itulah yang menjadi ekspressi sesebuah bangsa. Bahasa itu jugalah menunjukkan diri dan perangai saudara.

Awang juga menekankan prinsip membaca pada usia muda. “Seorang rakan saya di London mengadu zaman sekarang ramai pelajar yang menggunakan bahasa SMS bagi menulis artikel.” Kurangnya pembacaan dan penggunaan, bahasa itu sendiri akan mati ditelan oleh bahasa baru.   

Beliau juga menasihatkan semua orang agar berbangga dengan bahasa kita dan gunakan ia sebaik mungkin. Jangan rasa malu untuk berkata- kata dalam bahasa tersebut. Bahasa jiwa bangsa.

Tuan Awang Godeng bekerja sebagai penulis bebas dilahirkan di Tanjung, Kuala Terengganu dan kini menetap di London.

Kalau Pak Samad lebih banyak menyentuh soal membaca dulu, Tuan Awang lebih kepada isu bahasa. Namun kedua- dua tokoh menyentuh aspek membaca.

Hendak menjadi penulis, memang kena banyak membaca. Seorang rakan saya dari Fakulti Kejuruteraan pernah berkata kalau hendak membaca pun susah, jangan harap dapat menulis.

Kalau tidak mahu menulis, pembacaan yang mampu membuatkan saudara nampak berlainan daripada orang biasa.

Apa pun, tahniah kepada Tuan Zamri, Firdaus dan Sharifuddin kerana berjaya membuatkan program ini menjadi sesuatu yang akan saya ingati sampai bila- bila. Tahniah kawan- kawan!
 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 15, 2008 in Tokoh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: