RSS

Stigma Membunuh Terhadap OKU

15 Jan

Semasa sedang asyik menonton Buletin Utama dua malam yang lepas, saya tertarik dengan satu isu yang disiarkan. Isu tersebut adalah mengenai golongan kurang upaya (OKU) yang tidak mendapat pekerjaan di sektor awam.

Salah seorang OKU yang ditemuramah berkata golongan seperti mereka adalah lebih mudah untuk bekerja bagi pihak swasta jika dibandingkan untuk mendapat pekerjaan di dalam sektor awam.

“Saya dan rakan- rakan mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan. Apa yang memeranjatkan, sewaktu dipanggil untuk temuduga bekerja bagi kerajaan, hanya saya seorang tidak mendapat apa- apa panggilan,” jelas seorang OKU.

Fenomena sebegini membuka mata bahawa masih wujud lagi stigma negatif terhadap kumpulan OKU. Kes sebegini tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan kejadian bekas banduan yang ingin mencari pekerjaan.

Terdetik di hati, apa perbezaan antara OKU dengan manusia yang lain? Yang saya lihat, perbezaan antara mereka dengan manusia lain ialah golongan OKU kekurangan sesuatu daripada aspek fizikal mereka.

Mereka masih punya hati dan perasaan. Golongan ini patut diberikan sokongan moral, bukan ditindas. Saya yakin, mata- mata liar yang memerhati mereka, secara tidak langsung menjatuhkan keyakinan diri mereka.

Mengenangkan kembali kisah OKU, ada seorang pensyarah yang buta di fakulti saya. Apa yang menarik, beliau memiliki gelaran “Dr.”. Suatu pencapaian yang boleh saya katakan tinggi. Bukan mudah untuk gelaran tersebut.

Sewaktu saya menyertai kursus di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), seorang penceramah telah dipanggil bagi memotivasikan kami. Dan beliau juga seorang OKU.

Menceritakan pengalaman sebagai seorang yang cacat, beliau pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan pandangan masyarakat setempat mengenai fizikal beliau.

“Gelaran capik, si cacat, saya sudah mendengarnya dari kecil lagi. Semangat yang tinggi, sokongan daripada orang terdekat, pertolongan Tuhan, inilah antara pendorong bagi saya meneruskan kehidupan,” sambung beliau.

Mengingati bait- bait lagu Saleem yang berjudul “Bukan Ku Pinta”, menyimpan 1001 satu mesej jelas mengenai golongan OKU.

Tidak ada sesiapa yang lahir ke dunia ini mahu dilahirkan sebagai cacat. Namun, perkara sebegini masih tertakluk di dalam kerja Tuhan. Kita masih kena percaya kepada qada’ dan qadar.

Andainya itu ketentuan Tuhan, kita harus bangkit dan berubah. Bukan menunggu dan meratap nasib diri.

Ada sesetengah ibu bapa memberikan anak mereka yang cacat kepada keluarga lain kerana tidak dapat menerima kenyataan anak mereka cacat.     

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 15, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: