RSS

Pensyarah Bosan atau Pelajar yang Membebankan?

16 Jan

Petang ini kalau tidak bernasib baik kena membuat pembentangan di depan kelas. Boleh dikatakan pada setiap kelas Sains Hadis (Isnin dan Rabu), kami sekelas terpaksa membuat pembentangan.

Pensyarah yang berumur lingkungan umur 40- an ini, akan memilih sesiapa sahaja untuk ke depan kelas dan membuat pembentangan mengenai topik yang bakal beliau pada akhir waktu kelas.

Malah, kepada sesiapa yang pernah membuat pebentangan, tiada pengecualian. Kalau saudara sudah melakukan pembentangan, nama saudara mungkin akan dipanggil lagi bagi melakukan kerja yang sama.

Dalam erti kata lain, sebelum datang ke kelas kami mesti bersiap- sedia dengan nota- nota yang berkaitan sebelum dipanggil ke depan. Dalam hati berkata, “Janganlah aku kena present hari ni.”

Kalau dulu, pensyarah ini tidak berperangai sebegini. Saya pernah menduduki kelas beliau dulu. Kini, mengambil subjek yang baru tetapi pensyarah yang lama.

Kalau kelas beliau yang dulu, tiada pembentangan pada setiap kelas. Pembentangan hanya dilakukan dalam kumpulan pada waktu- waktu tertentu. Sekarang, pembentangan dilakukan sendirian dan berkumpulan.

Memang perangai beliau, kalau mengajar beliau hanya duduk dan bercakap selama sejam 20 minit. Hendak menulis pun belum tentu lagi. Cakap terlalu lama dan sekiranya topik itu tidak diminati, akan mengundang rasa mengantuk. 

Apabila rasa mengantuk tiba, hilanglah tumpuan di dalam kelas. Hilang tumpuan akan mendatangkan rasa malas pula untuk ke kelas.

Ditambah pula dengan perangai pensyarah tersebut yang tidak ingin menghantar “surat cinta” kepada ibu ayah kepada pelajar, bertambahlah jumlah pelajar yang ponteng kelas beliau dulu. Dulu lain, sekarang lain.

Agaknya, pensyarah ini sudah sedar, kini beliau menggunakan cara yang lebih “kejam” bagi membendung masalah yang dihadapi beliau sebelum ini.

Seorang lagi pensyarah, kalau dulu beliau mudah memberikan markah dan nota di dalam kelas dengan mudah. Kini, hendak mendapat gred A- pun belum tentu lagi. Nota juga diberikan pada akhir- akhir semester supaya pelajar tidak ponteng kelas.

Seorang lagi pensyarah, kalau dulu beliau selalu beri muka kepada pelajar yang masuk kelas lambat. Pemberian markah pula, memang mudah untuk dapat gred A dan lulus di dalam kelas beliau.

Tetapi disebabkan perangai sesetengah pelajar yang sengaja membuat bising di dalam kelas, buat kerja sendiri tanpa mempedulikan pensyarah ini sedang mengajar, selalu ponteng dan masuk lambat ke kelas, secara tidak langsung pensyarah ini juga menjadi kejam dan lebih tegas.

Salah siapa? Salah pensyarah kerana terlalu berkira dengan pelajar atau kesalahan penuntut yang sengaja “pijak kepala” dan mengambil kesempatan ke atas sikap pensyarah? 

Kesalahan pelajar yang dulu, kini akibatnya dirasai oleh pelajar sekarang pula. Hai… Nasib, nasib.

Kalau ada kerjasama di antara pelajar dan pensyarah, perkara sebegini tidak akan berlaku. Persefahaman bagi kedua- dua belah pihak itu penting.

Kalau pelajar rasa pembelajaran di dalam kelas tersebut tidak sesuai, pergi jumpa pensyarah dan bincang masalah tersebut bagi mencari penyelesaian.

Kalau si pensyarah merasakan penyampaian di dalam kelas tidak sesuai, tanya pendapat pelajar. Selidik dan ubah kepada gaya yang baru, gaya yang boleh diterima pakai bagi penuntut dan pengajar.

 

 

 
2 Komen

Posted by di Januari 16, 2008 in Coretan Pelajar

 

2 responses to “Pensyarah Bosan atau Pelajar yang Membebankan?

  1. anakkawi

    Januari 18, 2008 at 3:55 am

    Pensyarah itu bos di dalam dewan kuliah… Hehe

     
  2. Dua Sen

    Februari 1, 2008 at 5:19 am

    Dimanakah pemahaman mengenai hormat kepada guru, walaupun didalam Islam telah dinyatakan terang terangan bahawa org yg berilmu itu dipandang tinggi. Murid inginkan ilmu mencari guru bukannya guru mencari murid. Kalau mengikut konsep begitu terang- terangan bahawa muridlah yang bertanggung jawab. Just my two cents.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: