RSS

Pak Samad Mengamuk!

21 Jan

Tahun lepas, saya sempat bertemu dengan Prof. Dato’ Dr. A. Samad Said di UIAM kini. Sabtu yang lalu, bertempat di RA Fine Arts Gallery, Jalan Aman sekali lagi saya bertemu beliau bersama barisan penulis dan pemuitis muda berbakat.

Pergi ke sana atas jemputan rakan seuniversiti pada malam sebelum program tersebut bermula.

Program tersebut bernama “Kata Suara” (Spoken Words), merupakan julung- julung kali diadakan di sini setelah tujuh bulan pembukaannya kepada orang awam.

Saya bersama tiga orang rakan penulis lagi bertemu di stesen keretapi Putra di Ampang Park pukul 3 petang. Nasib baik program tersebut bermula 3.30 petang.

Kali ini, Pak Samad tampil di khalayak bagi memberikan reaksi beliau mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak akan lagi menggunakan karya para Sasterawan Negara (SN) dan para pemenang SEA Write Award, bagi subjek komponen sastera (KOMSAS), baik di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah.

Alasan yang diberikan oleh PPK adalah karya mereka terlalu sarat dengan pemikiran tinggi-tinggi sehingga pelajar-pelajar tidak faham.

Kejutan satu lagi adalah PPK juga tidak lagi menggunakan khidmat sarjana sastera sebagai anggota kumpulan yang memilih teks baru komsas. Sebaliknya PPK memanggil sekumpulan guru-guru sastera di sekolah sahaja.

Bagaikan belum cukup, komuniti sastera dikejutkan lagi apabila guru-guru itu memilih karya seperti penulis Ahadiat Akasyah dan Sharifah Abu Salim bagi menggantikan teks komsas yang ada.

Pak Samad berkata, selepas ini beliau hanya akan menerima undangan daripada pihak tertentu sebagai individu biasa atau sebagai penonton. Beliau tidak mahu lagi berrtindak sebagai seorang speaker kepada sesebuah majlis.

“Seorang penulis tidak boleh menulis sahaja. Beliau masih ada aksinya,” kata Pak Samad. Tajam sungguh bunyinya.

Kalau pada tahun lepas, kita melihat demonstrasi jalanan yang diadakan oleh pihak BERSIH, HINDRAF dan peguam- peguam Malaysia. Adakah tahun ini akan muncul pula demonstrasi jalanan oleh penulis- penulis Malaysia berkenaan keputusan PPK?

Kita tunggu dan lihat. 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 21, 2008 in Tokoh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: