RSS

Bersiar- Siar di MMP Communications

28 Jan

Sehingga hari ini, saya boleh kira dengan jari berapa kali lawatan yang diadakan ke tempat- tempat media seperti syarikat majalah, stesen TV dan agensi berita.

Yang saya pernah lawati ASTRO, BERNAMA dan yang terbaru, MMP Communications. Baru tiga? Tidak mengapa, tiga lebih baik daripada angka kosong.

Melawat ke ASTRO semasa di Tingkatan Lima, pergi ke BERNAMA pada semester yang lalu dan melawat ke MMP Communications pada hari Jumaat minggu lepas.

Seramai 15 orang bergerak ke syarikat ini yang terletak di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Kehadiran kami telah disambut oleh Ketua Kumpulan Editor syarikat tersebut, Datuk Jamaluddin Mansor dan Tuan Editor majalah Milenia Muslim, Tuan Zulkafly Baharuddin.

Hampir dua jam kami diberi penerangan mengenai hala tuju, kepayahan, serba sedikit info mengenai ketiga- tiga buah majalah (Forward, Milenia Muslim dan Aniqah) keluaran syarikat ini dan berlaku sesi soal jawab antara kami dengan pihak syarikat.

Sejam kemudian, kami telah dibawa pula meninjau kawasan staf- staf bekerja. Sempat melihat dan menimba sedikit ilmu daripada pereka grafik majalah Forward, Cik Jaz.

Dan yang paling penting, kami sempat bertukar- tukar name card bagi kegunaan masa depan. Macam mentor saya selalu sebut dulu, “Kena buat contact dengan banyak orang.”

Kawan- kawan yang turut bersama saya, semuanya saya suruh melakukan perkara sama, meminta name card daripada orang yang mereka jumpa apabila menemui orang- orang tertentu.

Bukan atas dasar untuk menggunakan orang lain, tetapi ia lebih kepada membuat pertalian yang panjang dengan pelbagai pihak. Di dalam kelas Komunikasi Media, saya tidak jumpa lagi pensyarah mengajar perkara- perkara sebegini.

Tidak kira saudara bekerja atau berada di dalam bidang mana pun, buatlah baik dengan banyak orang.

Kalau kesibukan masa bagi bertanya khabar, jangan lupa menghantar e- card bagi mengucapkan sesuatu pada hari hari kebesaran mereka.

Jangan sudah tiba masa untuk meminta tolong, barulah mula mencari mereka. Bagi matlamat jangka panjang, buatlah secepat yang mungkin.

Sebagai contoh, bangsa Yahudi yang mendiami Madrid, Sepanyol sebelum kota tersebut dikuasai oleh Raja Ferdinand. Semasa kota ini ditakluki oleh Raja Ferdinand, Yahudi telah melarikan diri ke Afrika Utara sehingga ke Turki.

Atas sebab itulah, Israel di zaman moden masih memelihara hubungan baik dengan kerajaan Turki walaupun peristiwa mereka melarikan diri telah berlalu beratus- ratus tahun dahulu.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: