RSS

Pertolongan Tanpa Batasan!

28 Jan

Lawatan selama tiga jam ke MMP Communications pada Jumaat lalu benar- benar menyeronokkan. Syarikat penerbitan ini menerbitkan majalah Milenia Muslim, Forward dan Aniqah.

Ia ditubuhkan enam tahun yang lalu bermatlamatkan untuk mendidik bangsa dan membuat amal jariah kepada masyarakat, dipetik daripada kata- kata Ketua Kumpulan Editor, Datuk Jamaluddin Mansor yang berada di pejabat tersebut semasa hari lawatan.

Turut bersama kami adalah Editor bagi majalah Milenia Muslim, Tuan Zulkafly Baharuddin.

Penyertaan ini telah disertai oleh lapan lelaki dan tujuh perempuan diketuai oleh seorang penyarah UIAM, Dr. Sulaiman Dufford juga seorang kolunis tetap bagi majalah Milenia Muslim.

Pada asalnya, program ini hanya disertai oleh seorang lelaki dan enam wanita sahaja. Namun saya telah meminta keizinan daripada Dr. Sulaiman untuk membawa lebih ramai kawan- kawan.

Niat saya telah mendapat persetujuan daripada beliau. Akhirnya, berjaya jugalah saya mengajak enam lelaki dan seorang wanita bagi mengikuti rombongan ini.

Dr. Sulaiman sempat mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mampu membawa beberapa pelajar UIAM untuk turut serta di dalam lawatan ini.

Lelaki berasal dari Amerika ini berkata, “If not because of your help, I do not know where should I put my face.” (Kalau bukan sebab pertolongan kamu, saya tidak tahu di mana saya ingin meletakkkan muka ini)

Pendapat saya, hari ini saya tolong beliau. Tetapi entah bila beliau akan tolong saya pula. Fikir sekali lagi, biarlah niat untuk menolong itu ikhlas. Mungin suatu hari nanti Tuhan akan membuka hati orang lain untuk menolong kita pula.

Perkara baik atau buruk, lambat atau cepat, biarlah Tuhan yang laksanakannya. Tetapi janganlah sampai ke tahap menolong sehingga orang lain mengambil kesempatan ke atas kita pula.

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: