RSS

Monthly Archives: Februari 2008

Kerja Extra? Malaslah!

Hari ini dan semalam, Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO IIUM) legang, tiada seorang pun pegawai dan pembantu tadbir. Yang tinggal hanyalah empat orang pekerja separuh masa dan Tuan Pengarah. Ke mana mereka menghilang?

Kesemua mereka telah pergi menghadiri kursus dua hari di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Apa perasaan saya sekarang ini?

Seronok dan hati terdetik berkata, “Kalaulah hari- hari office kosong macam sekarang ni, kan best. Hehehe.” Read the rest of this entry »

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di Februari 28, 2008 in Dari Kamar Office

 

Kemahuan Ibu Bapa pada Si Anak: Positif atau Negatif?

Sedang saya rancak berbual dengan ibu, tiba- tiba beliau menyuarakan sesuatu yang pernah membuatkan saya berada di dalam dilema seketika.

“Aliff, si Adib nak jadi chef,” kata ibu. Nada suara yang lemah dan sayu, dapat rasa seolah- olah ibu tidak merestui hasrat adik saya yang ketiga untuk menjadi seorang tukang masak.

Kini, Adib berada di Tingkatan Lima, menduduki di dalam aliran Sains Tulen. Mungkin salah satu faktor yang menyebabkan ibu mengeluh panjang ialah seorang pelajar Sains Tulen bercita- cita untuk menjadi seorang chef. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Februari 26, 2008 in Kisah Hidup

 

Pembentangan Berkesan: Kesilapan dan Tips

Dari hari Selasa sehingga Khamis dalam minggu ini, saya terlibat untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas. Sudah hampir hujung semester, maka kerja pun berlipat kali ganda daripada biasa.

Ada tiga pembentangan pada tiga hari yang berbeza. Selain daripada kumpulan saya, masih ada kumpulan lain yang terlibat di dalam pembentangan.

Disebabkan ketiadaan masa yang mencukupi, maka kerja pembentangan ini sudah pun dijalankan semenjak beberapa minggu lalu.

Daripada tiga kerja pembentangan ini, saya ada menerima kritikan dan pujian daripada pensyarah. Kekurangan mestilah dibaiki, kesalahan pun terjadi berpuna daripada kumpulan kami sendiri.

Selama beberapa minggu saya memerhatikan rakan- rakan sekelas melakukan pembentangan, terdapat beberapa pantang- larang yang tidak patut berlaku di masa akan datang. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 22, 2008 in Coretan Pelajar

 

Perancangan Daripada Ceramah di Sidang Redaksi Universiti

Tanggal 20 Februari 2008, kali pertama dalam hidup saya dijemput memberikan talk. Kalau memberikan pembentangan secara percuma di dalam kelas, setiap semester saya akan terlibat.

Semuanya bermula apabila saya memberikan komen terhadap sebuah organisasi percetakan yang menerbitkan laporan berkala (newsletter) bagi bacaan umum. Saya hanya memberikan teguran biasa dan cadangan- cadangan yang membina.

Gatal pula menawarkan pertolongan kepada mereka. Akhirnya kena bagi ceramah kepada lapan orang wanita yang terdiri daripada editor, pencari berita, jurukamera dan pereka grafik.

Tujuan saya ke sana memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat berita, menunjukkan cara- cara yang tepat bagi menghasilkan newsletter. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 22, 2008 in Kisah Hidup

 

Ke Mana Hilangnya Amanah di dalam Kerjaya?

Sewaktu saya sedang menunggu makanan di sebuah kafe di UIAM, sebuah drama pergaduhan antara seorang makcik berusia separuh abad, Puan Sufiah (bukan nama sebenar) dan makcik berumur linkungan 40- an, Puan Rosnah (bukan nama sebenar) tercetus.

Pergaduhan tersebut berlaku di depan pelanggan- pelanggan yang turut berada di situ. Walaupun ia terjadi di dalam dapur kafeteria tersebut, suara jeritan dan makian turut kedengaran sehingga ke luar.

Tidak kiralah siapa yang salah di dalam perbalahan ini, namun saya berjaya mendapat sedikit maklumat dan pengajaran daripada cerita ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 14, 2008 in Dari Kamar Office

 

Menyumbang ke Arah Saham Akhirat

Sambil mendengar dua khutbah Jumaat, mata saya meliar melihat keadaan sekeliling Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Lamunan saya terhenti apabila seorang hamba Allah menghulurkan kotak beroda bagi meminta wang untuk disumbangkan kepada tabung masjid.

Tidak kiralah pengemis yang meminta sedekah atau pihak masjid menyediakan tabung khas bagi tujuan meminta sumbangan orang ramai, terpulang kepada kita sama ada mahu menderma atau tidak. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Februari 13, 2008 in Kisah Hidup

 

Gejala Peribadi Songsang dari Mata Kumpulan UIAM

Kebiasaan di dalam kelas, saya seorang sahajalah yang rajin bertanya kepada pensyarah mengenai sebarang kemusykilan. Entah mengapa, tiba- tiba situasi sudah terbalik pula semalam.

Mempelajari tentang penampilan dan kesannya kepada daya komunikasi seseorang. Entah bagaimana, tiba- tiba pensyarah kami membuka satu topik perbincangan hangat dan “panas”, isu lelaki lembut.

Tiga puluh minit kami berbincang mengenai isu panas ini, lima orang pelajar tampil berkongsi pendapat dan pengalaman mereka. Read the rest of this entry »

 
7 Komen

Posted by di Februari 6, 2008 in Cerita Teman