RSS

Bingkisan Fesyen dari Konsert Islamik

01 Feb

Pada 18 Januari bulan lepas, saya telah mendapat undangan menghadiri sebuah konsert yang diadakan di UIAM. Konsert yang bercirikan Islam, namun ia tidak tertakluk kepada nasyid semata- mata.

Islamic Performing Arts Culture 2008 atau IPAC 2008 menghimpunkan lebih 60 pelajar UIAM menunjukkan bakat bermain alat muzik tradisional dan moden. Mereka mendapat tunjuk ajar daripada Cikgu Ku Zahir Ku Ahmad, salah seorang “orang kuat” dari Istana Budaya.

Memandangkan ia sebuah konsert, jadi saya sengaja memakai seluar jeans. Tidak sangka pula, konsert tersebut dihadiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari semua institusi pendidikan tinggi awam Malaysia.

Saya duduk di bahagian depan sekali, betul- betul di belakang VIP. Di sebelah kanan saya, MPP dari UIAM dan di sebelah kiri, saya diapit pula oleh MPP dari Universiti Malaysia Pahang.

Antara mereka ini, hanya saya seorang berpakaian seperti hendak pergi ke konsert. Apa yang mengejutkan, duta dari Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh turut hadir pada malam tersebut. Saya rasa sungguh malu pada malam itu…

Pakaian mencerminkan siapa diri anda. Kajian yang dilakukan mendapati orang yang gemar memakai T- Shirt dan berseluar jeans merupakan orang yang sukakan kebebasan, berhati muda, suka kepada keseronokan, suka memberontak dan berkepala angin.

Ini hanya kajian, tidak semestinya ia 100 peratus tepat. Nasib baik saya pergi ke dengan memakai kasut. Ikutkan hati, hendak menyarung selipar sahaja. Maklumlah, konsert… Nasib baik saya tidak berbuat demikian.

Imej pertama yang dilihat oleh orang lain ke atas diri kita, imej itulah yang susah untuk dipadam sampai bila- bila.

Tugas sebagai seorang pencari berita, kadang- kadang menguji diri saya. Sudah selalu keluar dan masuk program, memang muka ini menjadi muka yang biasa dilihat orang.

Semasa saya masih baru lagi di dalam dunia penulisan, saya memakai pakaian tanpa mematuhi apa- apa protokol sesebuah organisasi dan program. Akibatnya, saya pernah dihalau kerana tidak mematuhi protokol berpakaian.

Bukan memakai pakaian yang menjolok mata, tetapi tidak mengikut protokol yang telah digariskan. Itu kesilapan yang dulu yang saya tidak akan ulangi lagi di masa akan datang.

Etika dan pemakaian sewaktu saya ke kelas dan semasa membuat kerja, kadang- kadang menjadi pemerhatian sesetengah individu. Dalam erti kata lain, pemakaian dan etika memainkan peranan penting di dalam jatuh dan bangunnya kredibiliti seseorang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 1, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: